Pages

Sunday, August 5, 2012

Sedap Juga Nasi Beriani @Pasar Ramadhan AEON Wangsa Maju

Hari tu pi Pasar Ramadhan kat area AEON Wangsa Maju. So belilah nasi beriani. Kat situ ada dua gerai jual nasi beriani. So cubalah dua-dua. Yang ni sedikit berempah @RM6.50.
Yang ni pula rupanya sedikit bertomato tapi of course ianya bukan. Yang ni harganya RM7.00.
Jom kita pilih lauknya pula. Bagi yang first tu, ambil ayam masak merah. Kat sini ada juga kambing serta daging. Ayam goreng tak ada.
So pi nasi beriani yang kedua cari ayam goreng. Terambil pula ayam goreng yang tak berapa besar tapi oklah. Secara keseluruhan saya lebih suka nasi beriani yang pertama.
Ni kuahnya, termasuk sekali kuah roti jala, he he he. Oppsss, timun terlupa pula nak ambil gambar.
Roti jala RM2.00 lima ketul. 
Ini yang paling saya suka murtabak roksin. Memang sedap dan saya betul-betul rekomenkan kepada yang suka makan murtabak. Harganya RM3.50 tapi memang berbaloi. 
Cukup tebal murtabak roksin ni dan penuh dengan ayam. Memang suka tengok cara diaorang masak. Bukan yang jenis sebiji-sebiji diaorang buat tapi penuh satu "kuali" then diaorang potong-potong. Memang berlapis-lapis. Rasanya nak lagi makan benda alah ni. Dah beberapa tahun saya cuba roksin ni.
Ini sausage. Tak perlu le citer panjang mengenai benda alah ni ya.

5 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Yummy....nak pergi bazaar....tapi mls....tapi nak pergi....tapi mls.....

Errah said...

hehe..sosej tu pun sedap lau bln pose ni..nasi beriani xmakan lg bulan pose ni...tringin nk makan beriani gam johor..sedapnyer

KiD said...

murtabak roksin.. wow!!!

FARAH deeb said...

Lama dah tak pegi PARAM sana sebab susah carik parking. Ade sekali kawan kena orang pancitkan tayar dia (mase tu dia dok flat sana) So saya pun tak berani nak gi sana sebab selalu dia kena. Tapi murtabak itu memang nampak yummeh! JJCM: Day 16 Ramadhan 1433

hazman aka species1980 said...

Murtabak kalau tebal cenggitu okey la jual dengan harga tue...berbaloi la kan...