Pages

Monday, August 13, 2012

Beli Emas untuk Pelaburan Bagus TAPI

Anyway hari tu ada tengok entri di dalam satu blog mengenai pembelian emas. Secara kasarnya memang bagus beli emas untuk pelabuaran TAPI yang penting kita kena tahu dengan lebih lanjut mengenai jenis emas yang OK memandangkan banyak faktor perlu dipertimbangkan seperti spread (perbezaan harga belian dan jualan). Sebagai contoh harga emas yang berjenama X, 1 gram adalah RM161 (harga belian) dan RM201 (harga jualan). Of course ketulenan adalah 99.9%.
Bagi emas KFH pula, yang mempunyai ketulenan 99.5%, harganya untuk satu gram adalah RM158.43 (belian) dan RM165.78 (jualan). Apa penting sangat nak tahu mengenai harga belian dan jualan?
Jom kita tengok perbandingan emas X dan emas KFH. Spread bagi emas X adalah -19.9% manakala untuk KFH pula -4.4%. Maknanya untuk balik modal, bagi emas X, harga emas perlu naik 19.9% manakala harga emas KFH hanya memerlukan 4.4% sahaja.

So sebagai contoh, kalau harga emas pasaran naik 30%, keuntungan bagi emas X adalah 10.1% manakala emas KFH merekodkan kenaikan sebanyak 25.6%. So secara kasarnya saya boleh katakan bahawa emas X adalah lebih berisiko jika dibandingkan dengan emas KFH. Of course, faktor-faktor lain perlu diambil kira i.e. pembelian minima, sebab emas KFH memerlukan pembelian 10 gram manakala emas X maybe 1 gram so emas X lagi mampu milik.

Apa komen  kawan-kawan?

10 comments:

nurfauzi said...

saya lebih yakin emas KFH sebab urusan perjalanan simpanan dan pelaburannya patuh syariah dan dipantau setiap masa.

emas X tu tak tahu pulak produk bank mane...

MrJocko said...

Sorry la kalau ada pelabur Emas Bar/Jongkong/online ada baca komen kawe ni,

Tapi terus terang kawe cakap, siapa yg beli emas untuk pelaburan seperti cara diatas tu, sangat lah tertipu dengan promosi dan cara pelaburan yg KURANG Betul,,,

Yang kaya selalunya Tauke2/Agent yg jual emas tersebut. Masa kita beli, Tauke/Agent dah untung sekitar 20%, masa kta jual pun Tauke/Agent untuk lagi 20%.

Memang sesekali Harga Emas naik sampai 30%, tetapi bagi pembeli/pelabur emas untuk dptkan untung bersih, kena tolak 30% - 20% = 10%

secara mudah, orang kebanyakkan seperti kita, melabur dlm ASB, Unit Trust, Saham terpilih, jauh lebih baik dari melabur dlm Emas Bar/Jongkong/Online

Jgn kata korang simpan emas 1 kilo, pasal kawe takkan percaya.... ;)

Errah said...

xfhm sgt..hehe..tp suka lau dpt beli emas ni..smpanan tuk masa depan

Mak Lagenda said...

Tak de komen apa2 sbb mak mmg x de ilmu dlm topik emas ni..

Just cedok ilmu emas kat sini je.

Eyriqazz said...

eden ada beli yang 1g tu..tapi bukan untuk tujuan pelaburan..lebih kepada simpanan utk masa hadapan....

sarah said...

den tahu dinar public gold jer..tak tahu plak agen akan dapat duit masa kita jual mas kita..masa beli tu tahu ler...

Zura said...

xbape th sgt psl pelaburan emas nie...tp kakak sy penah buat..dn bile dia dpt duit hasil jual emas...sy rase cm sy je yg dpt duit tue...hikhikhik

eelobor said...

usahkan nak buat pelaburan emas (sebab x de duit), baca pasal ni pun dah tak paham... hihihi

Fazrol said...

aku sokong.. sebelum melabur tue belajar dulu..
fahamkan tentang spread.. insyaAllah korang akan tahu apa yg korang buat..

Insan Biasa said...

korang ni merendah diri ke buat2 tak faham ke betul2 tak faham? spread ni sbnanye senang je, ce baca betul2 insyaAllah faham la... baca komen mcm ramai pulak tak berapa faham ttg emas, rugi la...