Ni gambar Danish pada tahun 2009 @masa berumur 7 tahun. Memang suka betul pakai baju Thomas & Friends. Bukan setakat baju, banyak barang-barang yang berkaitan dengan keretapi ni.
Selepas tu suka pakai baju Ben 10. Yang ni kalau tak silap setahun lepas kot. Sampaikan beg sekolah pun Ben 10 juga.
Sekarang ni minat angry birds pula. Nampak gaya kena cari lagi baju macam ni, entah nama apa black canon. Jumpa benda alah ni pun masa pi kat Sogo baru-baru ni.
Agak-agak, setahun dua lagi, baju apa lagi yang diminati oleh Danish ni. Kan masa dah berubah, citarasa pun berubah mengikut perkembangan semasa.
8 comments:
kita semua pernah kecil sebegitu.
kalau dikampung dulu tak merasa sangat baju warna cantik2.
Budak2 kan cepat terikut bila tgk tv, kawan2 dia pakai....Tapi ikut benda baik takpelah...hehe..
hurmm.... lebih kurang macam anak bro JEJAI... skang tengah sonok kumpul barang pasal ANGRY BIRD nie....
kejap jr dah besar,,,
Minat katon pun berubah ikut peredaran jaman kan??
Upin ipin danish x minat ker..?
anak2 ila minat nie
nk bagi tau ne belog personal ila kat http://kokoadik.blogspot.com. yg awak join tue belog contest
Dah besar 20an ni aku still minat layan kartun ben10 tapi x pernah pakai baju bertema ben10.
bese la tu..hehe.. trend
Post a Comment