Pages

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Merdeka

Hari ini adalah hari raya kedua dan juga 31 Ogos 2011. Therefore, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-54. Tema pada tahun ini adalah "1 Malaysia: Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera."

Apa-apa pun yang penting kita hayati semangat medeka dalam erti kata sebenar iaitu kita tidak "dijajah" oleh benda-benda dan juga pemikiran yang tidak sihat.

Monday, August 29, 2011

Pengisytiharan Pengumuman Tarikh Hari Hari Raya 2011

Esok, Selasa 30 Ogos 2011 adalah Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2011. Kalau nak tengok pengisytiharan @pengumaman tarikh hari raya, boleh tengok kat youtube.

Sharinginfoz dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Puasa tahun 2011 kepada semua pembaca semua dan maaf zahir batin. By the way, bagi nak tahu pasal makna takbir hari raya, boleh tengok @takbir raya.

Nak tengok lafaz takbir raya, jom kita bertakbir raya.

Teringin Nak Makan Ketupat Daun Palas

Tadi tengok facebook member pas tu ternampak le gambar ketupat daun palas. Memang sedap benda alah ni. Dah beberapa hari terasa nak makan aja benda alah ni. Tadi masa jumpa ngan adik dia cakap ada buat ketupat palas rumah mak mertua. Hmmmm, nampaknya ada chance le merasa benda ni.

So kawan-kawan semua, apakah makanan yang diidam-idamkan untuk berbuka or makan di hari raya nanti?

Sunday, August 28, 2011

Selamat Sampai from Kuala Lumpur to Kelantan @Ahad 28 Ogos 2011

Setelah 8 jam setengah dalam perjalanan, maka sampailah lebih kurang pada pukul 2.00 petang di Kelantan. Pagi tadi lebih kurang kul 5.30 pagi berada di tol Gombak. By the way, kadar tol untuk musim perayaan kali ini adalah RM4.00, kalau tak silap sebelum ini RM5.00 so 20% diskaun.

Berhenti di Masjid Tengku Sulaiman Ketari, Bentong untuk menunaikan solat lebih kurang kul 6.15 pagi. Perjalanan boleh dikatakan lancar, tak banyak sangat kereta, lebih-lebih lagi mudah bila guna Touch N Go.

Bagi tol karak pula ianya RM2.40 jika dibandingkan dengan RM3.00 sebelum ini.

Tempat rehat di bawah pokok cendawan, OK juga di pagi hari di perkarangan masjid.

Cuma dalam perjalanan from Kuala Lipis ke Gua Musang agak tidak menyenangkan, just imagine 10km mengambil masa 30 minit. Nak tahu sebab apa? Ianya kerana pemandu yang memperlahankan kenderaaan setelah ada kereta rosak di tepi jalan dan "ditemani" 3 kereta lain, maybe diaorang konvoi. Rasanya itulah sebabnya. Meter pun 20km aja pas tu stop. Memang kena sabar.

Satu lagi jalan untuk ke Kuala Krai juga sesak teruk. Mujur ada polis trafik jaga tetapi ianya masih jem. Apa-apa pun, I am sure mereka telah buat yang terbaik terutamanya di dalam keadaan panas terik. Memang panas betul kat Kelantan sekarang ini.

Harap sangat agar perjalanan balik ke Kuala Lumpur nanti lebih smooth. Bagi yang belum balik lagi, berhati-hati dan tenangkan fikiran ya.

Jom Kenny Rogers @Jusco Wangsa Maju Pula

Jom berbuka di Kenny Rogers pula. By the way, beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya. So pi berbuka ngan keluarga kat Kenny Rogers, not bad juga makan benda alah ni bulan puasa. Dengan ayamnya dan 3 side dishes memang kenyang juga.

Memang muffin tidak boleh dipisahkan dengan Kenny Rogers. My wife memang suka benda alah ni since lebih 10 tahun dahuku. Memang rasanya masih kekal. Tapi yang pelik apasal yang coklat kembang semacam tapi yang vanilla biasa aja.

Air kitaorang beli 3 gelas aja. Kalau beli empat memang tak habis punya. Tak sempat nak ambil gambar air Danish, lupa pula namanya tapi coklat plus coke, entah apa-apa rasanya. Afiqah mula-mula tak nak makan ayam, so belilah sandwich tapi bila cuba ayam sedap le pula, tanya dia mana lebih sedap Nandos ke Kenny Rogers? Entahlah sekali cakap A sekali cakap B. Tak kisahlah......

Saturday, August 27, 2011

Baju Kanak-Kanak Lagi Mahal Daripada Dewasa?

Bila sebut aja hari raya, kanak-kanak pasti gembira, maklumlah dapat baju baru. Macam-macam jenis baju ada di pasaran sekarang. By the way, bila kita tengok kan, kekadang baju kanak-kanak lebih mahal daripada dewasa.

Apa-apa pun tak kisahlah kan, sekali-sekala. Macam baju polo ni, yang kanak-kanak @RM59 jika dibandingkan dengan dewasa RM49. Tapi yang suka beli baju macam ni, ianya tahan lama, bukan sekadar nak pakai untuk raya kan?

Friday, August 26, 2011

Berapa Lama Ambil Cuti Raya?


Hari ini adalah Jumaat dan kebanyakkan daripada kita ianya adalah hari terakhir bekerja sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma nanti. By the way, jom kita tengok berapa lama bercuti.

Rasanya ramai yang ambil cuti dua hari iaitu Isnin dan Jumaat depan. Ambil dua hari dapat seminggu memandangkan Selasa, Rabu dan Khamis adalah cuti umum sempena hari raya dan Merdeka.

Apa kata bagi yang bekerja, kosongkan minda mengenai kerja dan bagi yang sedang belajar lupakan seketika mengenai belajar. Tetapi kadang-kadang walaupun kita bercuti benda alah tu masih lagi di dalam fikiran kan?

Apa-apa pun, bergembiralah menyambut hari berbahagia. So berapa lama bercuti?

Thursday, August 25, 2011

Dah Tukar Ke Duit Raya?

Dalam beberapa hari lagi, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi masyarakat kat Malaysia, bila aja hari raya salah satu daripadanya mesti kita teringatkan akan duit raya. Kanak-kanak le yang paling suka. Masih ingat lagi masa zaman kanak-kanak, pernah dapat duit sebanyak 20 sen, maybe 10 sen pun ada.

Bagi kawan-kawan semua, biasanya berapa dapat kumpul? Anyway kalau zaman sekarang, paling sikit maybe RM1 tetapi kita raya pun kerana duit kan? So semalam pi tukar duit, saja tukar lebih sikit especially yang RM1, boleh bagi kat anak-anak untuk duit sekolah. Betul ke duit baru berbau wangi?

Wednesday, August 24, 2011

Mari Bayar Zakat Fitrah

Tinggal beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Bagi yang belum bayar zakat fitrah tu, jangan lupa kewajipan kita untuk menunaikan zakat. Sekarang ni kat mana-mana pun boleh bayar. Sambil-sambil shopping last minute kat kompleks membeli-belah tu bolehlah membayarnya or maybe ada juga yang nak bayar kat kampung. Tak kisah le kat mana-mana ya.

Tuesday, August 23, 2011

Melabur Dalam Emas: 9 Bulan Untung 25% @KFH

Ingat lagi tak entry saya lebih kurang 9 bulan yang lepas mengenai "Melabur dalam akaun emas KFH"? Masa saya beli tu, harganya RM139.27 per gram then kalau ikutkan harga Jumaat lepas, sekarang dah RM173.95 so kenaikan adalah sebanyak RM34.68 per gram or 24.9%. Kalau kita tahunkan (ada ke perkataan ini, hentam aja le), ianya adalah bersamaan 33.2%.

Memandangkan, saya ada buat tambahan selepas itu, so kos saya adalah lebih tinggi daripada RM139.27, tak kisahlah lagipun ianya untuk jangkamasa yang panjang. Tapi kalau yang baru nak melabur @menyimpan dalam emas ini, perlu tahu mengenai risiko pelabuaran, ada naik dan turun. Kalau nak tahu mengenai harga harian boleh, jom tengok harga emas KFH.

By the way, harga emas sudah cecah harga tertinggi lagi dalam sejarah @USD1,852.20 per ounce.

Monday, August 22, 2011

Jom Berbuka di Chicken Rice Shop @Jusco Wangsa Maju Pula

Afiqah suka sangat makan kat Chicken Rice Shop (CRS), so hari minggu lepas pi le kat Jusco Wangsa Maju. By the way, sempena Ramadhan ni ada menu istimewa, rendang ayam. Not bad juga. Untuk set dua orang ianya RM36.90. Jom kita tengok selain daripada rendang, benda apa lagi.

Selain rendang 2 ketul dapat satu single chicken, mula-mula minta honey BBQ tapi diaorang cakap tak boleh sebab set ni bersama dengan steamed / roast / soy sauce so kitaorang ambil le roast. Biasanya kalau datang kat CRS selalu ambil BBQ aja.

Yang ni air kurma, boleh tahan juga.

So tambah dua gelas air strawberry. Memang menghilangkan dahaga.

Pai Tee not bad.

Kalau biasa kat CRS, makan bean sprout, kali ini set ini ada kerabu mangga, rak masam sangat, itu yang lebih baik.

Pak Choy oyster memang sedap. Sayurnya tak begitu layu dek dimasak. Kiranya sedang-sedang aja.

Nasi CRS memang sedap.

Ni masa menunggu untuk berbuka. Malu pula nak ambil gambar Afiqah ni.

Danish sampai berbaring di atas kerusi.

Danish makan hotdog aja, memang tak suka makan nasi. Kalau tak kena le beli MCD tapi selalu sangat.

Nak tahu sedap ke tak sedap CRS, ni nak tunjuk pinggan Afiqah. Yang mak dan bapa tak perlu le tunjuk kan terkejut pula, takut ngan sudu dan garfu habis dimakan.

Semua sekali lebih kurang RM50, set rendang campur dengan air dan nasi. Entahlah masa order terlupa pula diaorang nak masukkan, sebab tu sampai dua resit le pula.

Sunday, August 21, 2011

Keputusan dan Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris @20 Ogos 2011

Perlawanan bola sepakan Liga Perdana Inggeris sudah masuk ke perlawanan kedua. By the way, keputusan dan kedudukan terkini ini saya ambil from ESPN.

Keputusan terkini Liga Perdana Inggeris yang berlangsung semalam, 20 Ogos 2011:
  • Arsenal tewas 0-2 di tempat sendiri menentang Liverpool setelah pemain tengah Arsenal, Frimpong dilayangkan kad kuning kedua dan seterusnya dibuang padang. Keadaan Arsenal terus malang setelah bola terkena Ramsey dan melantun masuk gol sendiri. Pada akhir perlawanan Suarez yang nampaknya berada di dalam kedudukan offside menjaringkan gol untuk Liverpool. Nampaknya pembukaan yang tidak menarik untuk Arsenal bagi musim 2011-2012 setelah sebelum ini seri tanpa jaringan menentang Newcastle

  • Kelab yang dibeli oleh Tony Fernandes, QPR mendapat kemenangan di tempat lawan 0-1. Gol QPR dijaringkan oleh Tommy Smith pada separuh masa pertama

  • Chelsea menang dengan 2-1 di tempat sendiri lawan West Brom. Gol-gol Chelsea dihasilkan oleh Anelka dan Malouda. Manakala West Brom mendapat satu gol yang juga mendahului Chelsea pada minit ke-4 oleh Shane Long

Setelah minggu kedua, kedudukan terkini bagi tahun 2011 adalah:
  • Aston Villa, Liverpool, Chelsea dan Newcastle masing-masing mengumpul 4 mata daripada 2 perlawanan. Perlu diingat bahawa beberapa kelab belum lagi bermain untuk perlawanan kedua seperti Manchester United dan Manchester City.

  • Kita nantikan aksi yang lebih menarik Liga Perdana Inggeris musim 2011-2012, ini baru sahaja permulaan, masih banyak perlawanan bakal dilalui.

Saturday, August 20, 2011

Jom Berbuka Puasa di Nandos @Jusco Wangsa Maju

Hari tu ada baca entry ni blog eyriqazz mengenai "Berbuka puasa di Nando's, Jusco Wangsa Maju". So apa lagi kitaorang pun pi le usha-usha kat sana. Buat tempahan awal senang sikit, kalau tak memang penuh le, maklumlah ramai nak berbuka, kat mana-mana pun penuh. Masih teringat baru-baru ini berbuka dalam kereta.

Macam biasa berbuka berempat tapi Danish tak makan benda alah macam ni, so belilah MCD untuk dia. Jom kita tengok menu apa yang kitaorang cuba kali ini.

Yang ni ialah 1/4 chicken yang paling tak pedas, entah lupa le. Ambil bahagian dada. Ianya didatangkan dengan 2 side dishes, corn dan peri chips @RM15.90 per set.

Actually Afiqah sebenarnya nak makan kat Chicken Rice Shop (CRS) tapi asyik makan kat sana rasa macam tak lalu le pula, so bila tunjuk tulisan eyriqazz dan ada gambar corn, terus tak jadi makan CRS.

Yang ni pun 1/4 chicken tapi yang sederhana pedas. Actually tak ada le pedas sangat. Nak pedas tambahlah cili kat atas tu. Yang ni dengan corn dan coleslaw. Actually benda alah coleslaw tu tak berapa sedap, maybe kat Kenny Rogers lagi sedap. Tapi ayamnya for me, memang superb. Tapi sesetengah orang rasa macam tak berapa sebab kat Kenny lagi lembut. Selera masing-masing kan.

Yang ni chicken kebab + 2 side dishes @RM15.90 juga. Ayam 4 cucuk, nampak sikit tapi bila makan memang kenyang. Kena pula dengan corn dan grilled vegetables memang mengancam betul.

Terlupa nak order nasi masa membuat tempahan, so masa tengah berbuka minta benda alah ni satu mangkuk medium @RM4.50 before 6% govt tax dan 10% surcharge. Nasi le macam pulut aja. Tapi rupanya macam nasi goreng aja. Tak sempat nak ambil gambar yang penuh semangkuk.

So ni le resitnya, jumlah semua RM73.70 termasuk dengan nasi tu. Ianya untuk 3 orang makan termasuk dengan 1 kanak-kanak. Ianya termasuk dengan air juga, free flow. So tambah le sampai 10 kali pun, actually dua tiga kali pun dah tak larat.

Secara keseluruhan OK gak, once in a while. Afiqah cakap nanti lain kali boleh datang lagi. Ianya lebih sedap jika dibandingkan dengan Kenny or CRS. Macam-macam le Afiqah, kalau sebelum ini, nak makan kat luar mesti CRS.

Dah Hampir 2 Tahun Bersama Nuffnang, Berapa Dapat

Rasanya barau aja saya bersama-sama dengan Nuffnang, pejam celik pejam celik dah hampir 2 tahun. Thanks to eyriqazz yang memperkenalkan dengan syarikat pengiklanan yang terkemuka ini.

Memang banyak juga aktiviti yang saya join. Pendapatan bukan segala-galanya, lagipun buat suka-suka aja dengan minat kita untuk berkongsi dengan orang lain apa yang kita suka. Anyway so far dapat RM1,500 lebih dengan purata bulanan melebihi RM50. Apa-apa pun macam saya cakap tadi, duit bukan segala-galanya. Yang penting minat.

Friday, August 19, 2011

Macam Mana Nak Daftar Internet Banking @Bank Islam?

Hari tu ada orang tanya macam mana nak daftar internet banking bagi Bank Islam. So nak bagi tutorial ringkas.
  • Mula-mula of course kena aktifkan perbankan internet melalui ATM. Pilih menu lain-lain or others, make sure bila tekan nombor PIN tu ingat ya, ianya 6 digit. Kat ATM kena ulang takut kita tersilap tekan.

  • Then masuk website Bank Islam, then click kat atas sebelah kanan dalam kotak merah tu "internet banking login"

  • So lepas tu jumpa le page ni

  • Pilih "first time login"

  • Pastu keluar le benda alah ni yang bererti "dah daftar ke internet banking melalui ATM?"

  • Kalau tak daftar maknanya pi kat bank then daftar melalui ATM. Kalau dah daftar just click OK


  • Lepas tu ke page macam kat atas ni

  • Ianya terma-terma, hmmm kalau rajin bacalah, then lepas tu click "yes" then continue. Maknanya kita setuju dengan terma-terma

  • Seterusnya, isikan nombor ATM dan PIN yang kita dah generate kat ATM

  • Then tekan submit

  • Last sekali, isikan butir-butir seperti kata nama, kata laluan, umur, nombor telefon dan lain-lain

  • Make sure kata nama dan kata laluan mengikut syarat-syarat, i.e. kata nama adalah di antara 6-10 campur. Bagi kata laluan pula, adalah 6 campur abjad dan nombor dan make sure tak ulang ya, i.e. man177 (dua kali 7 berturut-turut) or mmn187 (dua kali m berturut-turut)

  • Sorrylah terlupa nak capture skrin seterusnya, selamat berinternet banking ya

Tony Fernandes Mengambil Alih Kelab Perdana Inggeris QPR

Mengikut BBC, Tony Fernandes mengambil alih kelab bola sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) dengan setelah memiliki 66% saham dalam kelab ini. Di harap dengan memiliki kelab QPR ini membolehkan Malaysia meningkatkan mutu sukan bola sepak kita.

Mana tahu kot-kot, ada pemain Malaysia nanti akan bermain di Liga Perdana Inggeris suatu hari nanti. Nak juga tengok Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim ataupun Aidil Zafuan bermain di luar negara dan membawa nama Malaysia.

Apa-apa pun tahniah kepada Tony Fernandes walaupun sebelum ini kita tahu yang beliau sangat minat dengan kelab West Ham tetapi tidak kesampaian untuk memilikinya. Tony Fernandes yang memiliki Air Asia dan juga Team Lotus, dilaporkan oleh Guradian telah membayar sebanyak GBP35 juta (RM175 juta) untuk pegangan 66% ini. Di samping itu beliau dijangka membelanjakan GBP10 juta (RM50 juta) lagi untuk membawa masuk pemain baru. Agak-agaknya, siapa yang akan dibeli untuk menguatkan skuad QPR?

Thursday, August 18, 2011

Macam Mana Nak Ajar Anak Mengenai Kewangan?

Hari tu ada baca buku bertajuk "Spend Less, Live More". Banyak benda yang boleh kita belajar melalui buku ini berkaitan dengan kewangan. Anyway apa yang saya nak kongsi ialah mengenai macam mana nak mengajar anak-anak mengenai hal-hal mengenai duit, kewangan dan pengurusan.
  • Anak-anak lebih mudah belajar daripada apa yang ibu-bapa lakukan dan bukannya apa yang kita cakap. So kalau kita suruh anak-anak menabung tetapi kita asyik berbelanja dan membazir, so susahlah sikit nak mendidik anak kita.

  • Bagi duit poket kepada anak kita agar mereka dapat menguruskan duit. Boleh bagi seawal 5 tahun. Biar mereka menyimpan duit untuk membeli apa yang diinginkan rather than bila dapat duit terus beli gula-gula or coklat.

  • Satu lagi kalau duit dah habis berbelanja entah apa-apa, jangan terus bagi duit. Sebagai contoh kalau kita bagi RM2 seminggu untuk budak-budak yang berumur 5 tahun, habis beli coklat, jangan bagi tapi kena tunggu seminggu lagi untuk dapatkan RM2.
Cukuplah, tak perlu banyak-banyak kan. So apa lagi, sharing time!!!!

Wednesday, August 17, 2011

Selamat Tinggal Fabregas

Mengikut Arsenal.com, kapten pasukan, Fabregas sah meninggalkan Arsenal untuk kembali ke kelab lamanya yang sudah ditinggalkan sejak zaman remaja, Barcelona. Apa-apa pun all the best untuk Fabregas dan semoga menemui apa yang diimpikan.

Memang suka betul tengok Fabregas main memang sangat kreatif.

Anyway Persie akan menerajui Arsenal menggantikan Fabregas sebagai skipper bagi musim ini dan semoga Arsenal at least dapat sekurang-kurangnya satu piala musim ini. Beliau juga tidak kurang hebatnya, memang sungguh tangkas dan peluang yang diperoleh tidak disia-siakan untuk menjaringkan gol.

Tuesday, August 16, 2011

Ada Duit RM1 Tak?

Hari tu masa berjalan-jalan seorang diri, seorang lelaki menghampiri dengan gaya yang mencurigakan (sorry le kekadang saya ni macam buruk sangka aja!). Maybe dalam usia lewat 20an. Then dia tanya, ada duit RM1 tak? So saya bagi isyarat no.

Dia pun tanya lagi tak ada ke RM1? Saya sekali lag, tak apa le (betul ke jawapan tu?). Terus berlalu, tak nak layan.

Fikir-fikir pelik juga apa yang dia nak dengan RM1. Maybe dia benar-benar memerlukan atau tidak entahlah. Bagi saya kalau gerak hati tak nak bagi, kemungkinan besar saya akan berbuat demikian. Takut juga, kan tak pasal-pasal kena rompak ke especially masa buka dompet. Satu lagi masa saya berjalan tu kat depan ada seorang lelaki lain, maybe tak ada kena mengena dengan lelaki yang meminta tu. Apa-apa pun, berhati-hati, macam-macam cara sekarang ni termasuk minta arah jalan.

Monday, August 15, 2011

Beli Petrol RM100 Bayar RM80 Aja

Ingat lagi tak entri saya sebelum ini mengenai diskaun 20% bagi pembelian dengan kad kredit Ambank? Memang betul pada bulan sebelum ini saya telah menggunakan kad kredit untuk membeli petrol sebanyak RM100 then bila dapat statement terbaru, memang sah dapat diskaun sebanyak RM20. Saja aja nak test, lagipun guna kad kredit bukannya untuk berhutang.

Apa yang saya buat just guna kad masa 2 minggu pertama dan semasa hujung minggu. Di samping itu juga, saya gunakan untuk tengok movie, masa tu cerita Nur Kasih, RM24 untuk 4 orang.

So kalau nak guna kad kredit, ikuti tips ini:
  • Ambil yang berlandaskan shariah
  • Beli apa yang perlu aja (movie perlu ke, he he he)
  • Jangan bayar 5% dari baki tetapi bayar semua
  • Jangan ambil kad lebih daripada satu. Buat apa nak pegang banyak-banyak. Ianya sekadar untuk kecemasan
  • Cukuplah 4 tips, kalau nak lebih apa kata sila-silakan le tambah ya.

Sunday, August 14, 2011

Kurma Upin & Ipin

Dah hampir 15 hari kita berpuasa, bekalan kurma dah nak habis. Lagipun sebelum ini beli yang bekas kecil aja sebab kat rumah tak makan kecuali saya aja. By the way, tadi pi Carrefour so cari le yang pack kecil.

So jumpa lah kurma Upin & Ipin. Harganya RM3.99 untuk 200 gram. Kalau ikutkan memang agak mahal sebab kalau harga ini boleh dapat 1 kilo. Tapi buat apa beli banyak-banyak kan membazir le pula.

Yang uniknya kurma ini, selain ada gambar Upin & Ipin, kat belakang pack tu ada doa berbuka puasa.

Inilah kandungan kurma yang diletakkan dalam plastik.

Penuhlah satu bekas kecil. So memang bagus makan kurma ini untuk berbuka. Kalau tak ada kurma mulakan berbuka dengan air. Anyway selamat berbuka, opppssss ada 7 jam lagi.