Pages

Tuesday, February 1, 2011

Jadual Perlawanan Liga Super dan Kedudukan Terkini (1 Februari 2011)

Hari ini, 1 Februari 2011 adalah perlawanan bola sepak kedua dalam Liga Super. Sudah pasti ianya semakin menarik minat penonton tidak kira di mana saja anda berada. Perlawanan-perlawanan yang dijangka hangat ialah:
  • Kelantan vs Terengganu
    Pada perlawanan pertama, Kelantan menang 2-0 menentang Selangor dan ianya juga bagi merebut Piala Sumbangsih. Gol jaringan Shahrul Idlam Talaha dan Badhri memberi semangat kepada pasukan Kelantan yang kehilangan ramai pemain-pemain yang berhijrah ke pasukan lain. Terengganu pula yang seri tanpa jaringan menentang Sabah sudah pasti akan bermain habis-habisan di Stadium Muhammed ke-IV. Musim lalu, Kelantan hanya kalah sekali sahaja di Kota Bharu menentang Kedah dalam Piala FA

  • T-Team vs Negeri Sembilan
    Mengikut perlawanan sebelum ini, Negeri Sembilan kelihatan baik setelah menang tipis 1-0 lawan Harimau Muda A manakala T-Team seri tanpa jaringan lawan Kedah

  • Perlis vs Selangor
    Kedua-dua pasukan ini kalah kepada lawan masing-masing pada perlawanan pembukaan hujung minggu lepas. Selangor diaibkan Kelantan 0-2 di tempat sendiri manakala Perlis tumpas 1-3 kepada Pahang di tempat lawan.

Setelah tamat satu perlawanan, kedudukan terkini dalam Liga Super 2011 adalah seperti di atas:
  • Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan memungut 3 mata penuh setelah menang menentang lawan masing-masing

  • Harimau Muda A, Perlis dan Selangor masih belum memperoleh sebarang mata
Kita saksikan nanti perlawanan-perlawanan pada malam ini dan semoga sukan bola sepak negara kita berkembang pesat.

10 comments:

saya_arief said...

gomo kelate gomo..
:D

shahrilhakime said...

Moh kome semue....ke stadium yang berdekatan dengan kome....kalo tak kite yang sokong...sape lagi???

Zura Tahir said...

aahh..tidak selangor last...hhehe..xpe br satu perlawanan..

Anonymous said...

selangor bru nk panaskan enjin tuh..keh3

faiz said...

ternyata nogori pasti akan menang...hahaha

Mohamadazhan.com said...

kedah perlu menang ni..

Solehah said...

kelantan selalu menang skg.

Hairun Azmi said...

Garang Pahang nampaknyer....

Tempah isteri melalui laman web

LiFe KaMi said...

harap pemainan bola kita dapat meningkat lagi..
terutamanya pemain kebangsaan kalau boleh fokus lebih pada mereka supaya tak terikut cara liga malaysia main..

miss nina said...

support kedah. hehehe