- Kelantan vs Terengganu
Pada perlawanan pertama, Kelantan menang 2-0 menentang Selangor dan ianya juga bagi merebut Piala Sumbangsih. Gol jaringan Shahrul Idlam Talaha dan Badhri memberi semangat kepada pasukan Kelantan yang kehilangan ramai pemain-pemain yang berhijrah ke pasukan lain. Terengganu pula yang seri tanpa jaringan menentang Sabah sudah pasti akan bermain habis-habisan di Stadium Muhammed ke-IV. Musim lalu, Kelantan hanya kalah sekali sahaja di Kota Bharu menentang Kedah dalam Piala FA - T-Team vs Negeri Sembilan
Mengikut perlawanan sebelum ini, Negeri Sembilan kelihatan baik setelah menang tipis 1-0 lawan Harimau Muda A manakala T-Team seri tanpa jaringan lawan Kedah - Perlis vs Selangor
Kedua-dua pasukan ini kalah kepada lawan masing-masing pada perlawanan pembukaan hujung minggu lepas. Selangor diaibkan Kelantan 0-2 di tempat sendiri manakala Perlis tumpas 1-3 kepada Pahang di tempat lawan.
Setelah tamat satu perlawanan, kedudukan terkini dalam Liga Super 2011 adalah seperti di atas:
- Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan memungut 3 mata penuh setelah menang menentang lawan masing-masing
- Harimau Muda A, Perlis dan Selangor masih belum memperoleh sebarang mata
10 comments:
gomo kelate gomo..
:D
Moh kome semue....ke stadium yang berdekatan dengan kome....kalo tak kite yang sokong...sape lagi???
aahh..tidak selangor last...hhehe..xpe br satu perlawanan..
selangor bru nk panaskan enjin tuh..keh3
ternyata nogori pasti akan menang...hahaha
kedah perlu menang ni..
kelantan selalu menang skg.
Garang Pahang nampaknyer....
Tempah isteri melalui laman web
harap pemainan bola kita dapat meningkat lagi..
terutamanya pemain kebangsaan kalau boleh fokus lebih pada mereka supaya tak terikut cara liga malaysia main..
support kedah. hehehe
Post a Comment