Pages

Monday, February 21, 2011

Selepas Tunisia dan Mesir, Merebak ke Negara Teluk Lain

Sebelum ini akibat tunjuk perasaan dan protes oleh rakyat menyebabkan pemimpin tertinggi kerajaan di Tunisia dan juga Mesir terpaksa meletak jawatan akibat tekanan. Kini ianya semakin merebak ke negara-negara Teluk lain i.e. Bahrain, Yemen, Libya dan banyak lagi.

Terbaru akibat tunjuk perasaan di Libya yang diberitakan bahawa lebih 200 orang terkorban, beberapa negara di Eropah seperti Perancis dan Portugal menyeru rakyat mereka meninggalkan Libya.

Manakala anak kepada pemerintah Libya, Saif al-Islam Gaddafi memberitahu rakyat Libya bahawa beribu-ribu orang akan terkorban jika tunjuk perasaan ini berterusan. Gaddafi telah menjadi pemerintah di Libya melebihi 41 tahun.

Di sebabkan perkembangan terbaru di Libya, harga emas dan minyak naik mendadak. Harga emas adalah tertinggi sejak 4 Januari 2011, melebihi USD1,400 satu aun dan "Brent crude oil" meningkat hampir 2% kepada USD104.44 satu barrel. Perak pula berada dalam kedudukan tertinggi dalam masa 31 tahun hampir USD33.50 satu aun.

Kita berharap agar ianya tidak menjadi lebih teruk dan ekonomi tidak terjejas kerana ianya akan memberi kesan yang sangat teruk kepada seluruh ekonomi dunia.

4 comments:

Murni Alfathunnisa said...

jelas sekali...ketidakstabilan politik hanya menyebabkan bahana seluruh global...

ardinihumaira said...

semoga mereka semua selamat, amin

faiz said...

memang btol...inlfasi pon naik

azzey said...

Semoga semua ini ada penyelesaiannya..