Pages

Wednesday, February 2, 2011

Keputusan Liga Perdana Inggeris EPL BPL: 2 Februari 2011

Keputusan Liga Perdana Inggeris EPL BPL yang berlangsung pada 2 Februari 2011:
  • Arsenal menang 2-1 ke atas Everton setelah ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama hasil jaringan kontroversi Luis Saha pada minit yang ke-24 setelah penjaga garisan gagal untuk menaikkan bendera kerana ianya secara jelas adalah dalam kedudukan offside. 20 minit terakhir Arsenal mendapat dua gol hasil jaringan Andrei Arshavin dan Laurent Koscielny. Ternyata Arsenal mempunyai semangat juang yang sangat tinggi

  • Kenduri gol di Stadium of Light setelah 6 gol dihasilkan, Sunderland (2) dan Chelsea (4). Gol-gol adalah seperti berikut:
    • Chelsea: Frank Lampard (penalti), Salomon Kalou, John Terry dan Nicolos Anelka
    • Sunderland: Philip Bardsley dan Kieran Richardson

  • Manchester meneruskan kemenangan setelah bermain cemerlang di tempat sendiri menumpaskan Aston Villa 3-1. Wayne Rooney menjadi wira setelah menjaringkan dua gol buat Man Utd dan satu lagi oleh Nemanja Vidic. Pemain yang baru berhijrah ke Aston Villa dengan harga GBP24 juta, Darren Bent menjaringkan gol tunggal buat kelabnya

Credit: ESPN (keputusan)

1 comment:

Azman Roslan said...

arsenal menang lagi, baguslah.. heheh..