Pages

Wednesday, February 9, 2011

Keputusan Terkini Live Malaysia vs Hong Kong: Perlawanan Bola Sepak Persahabatan (9 Februari 2011)



Perlawanan Persahabatan (9 Februari 2011)
Keputusan Terkini Live Malaysia vs Hong Kong: Perlawanan Bola Sepak Persahabatan (9 Februari 2011): MALAYSIA 2-0 HONG KONG
  • Malaysia menang 2-0 ke atas Hong Kong. Tahniah Malaysia. GOL KEDUA OLEH AMIRUL HADI
  • GOL kedua dijaringkan oleh Amirulhadi pada masa kecederaan, hantaran cantik oleh pemain gantian, Sabree Abu
  • 4 minit masa tambahan diberi
  • 87": Satu lagi tangkapan baik oleh Farizal, nampaknya HK membuat serangan bertubi-tubi di saat akhir bagi mendapat gol penyamaan
  • 83": Tangkapan kemas oleh Farizal setelah bola dihantar oleh pemain HK ke gawang Malaysia
  • 78": Pemain HK, Chan Wai Ho yang juga kapten dikenakan kad kuning kerana menolak Safee Sali just outside kotak penalti. Sepakan percuma oleh Safiq terkena benteng yang "dibina" oleh pemain HK
  • 75": Sepakan cantik oleh Kunanlan di dalam petak penalti di bahagian tengah terkena palang. Memang tidak bernasib baik
  • 70": Rembatan leret kemas oleh Aidil dapat ditepis keluar oleh penjaga gol tetapi penjaga garisan tidak nampak, sepatutnya sepakan sudut oleh Malaysia
  • 66": Pemain 21 (Amirulhadi) dan 2 (Mohd Sabree) dibawa masuk menggantikan 18 (Mahalli) dan 26 (Ashaari)
  • Gol jaringan Safiq pada minit yang ke-43
  • 60": Penjaga gol, Khairul Fahmi digantikan dengan Mohd Farizal
  • 56": Sepakan penjuru Malaysia yang ke-4 dihantar terus ke depan gol tetapi tiada pemain Malaysia
  • 54": Penyerang Kelantan, Shahrul Idlan dibawa masuk menggantikan Fakri
  • 53": 5 orang pemain Malaysia gagal menyekat pemain Hong Kong dan nasib baik dapat dikawal oleh Khairul Fahmi
  • Separuh masa kedua baru sahaja dimulakan. 3 minit permainan menyaksikan pemain Hong Kong menyepak cantik dan bola muntah dari tangkapan Fahmi dan dapat diambil kembali. Satu counter attack yang baik oleh HK
  • Permainan tamat pada separuh masa pertama dengan Malaysia 1-0 Hong Kong. Jumpa lagi dalam masa 15 minit. Penguasaan Malaysia 55%-45% Hong Kong
  • 43": GOl GOL GOL dijaringkan oleh kapten pasukan, Safiq Rahim yang dilahirkan pada 5 Julai 1987. Jaringan cantik oleh Safiq dari bahagian kanan berjaya melepasi 2 pemain pertahanan dan merembat cantik ke pintu gol. GOL PERTAMA
  • 40": Sepakan percuma oleh Safiq just di luar kotak penalti sebelah kiri gagal disempurnakan @tersasar jauh
  • 36": Memang memberi impak yang baik dengan kehadiran Aidil di bahagain pertahanan setelah lama cedera since lawan Kelantan dalam Piala Malaysia bulan Oktober 2010 lepas
  • 30": Percubaan oleh Kunanlan dari arah kanan direct ditangkap oleh penjaga gol. Unfortunate Safee Sali menunggu di bahagian kiri gol
  • Hampir 30 minit perlawanan, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi tidak lagi diuji
  • 24": Sepakan oleh pemain HK dapat dikeluarkan dengan cantik oleh Aidil. Pemain HK kelihatan tidak bermain dengan begitu baik, maybe bukan 100% sebab ianya hanya permainan persahabatan
  • 20 minit menyaksikan Malaysia menguasai permainan. Seorang pemain HK, Ka Wai (jersi 10) diusung keluar akibat clash dengan Fakri
  • 17": Tangkapan kemas oleh Khairul Fahmi. Pemain HK, Lee Hang Hui diberi akibat tackle ke atas Safee Sali yang membuat larian kencang
  • 16": Kad kuning pertama dilayangkan kepada Fakri akibat kekasaran yang dilakukan
  • Di dalam perlawanan persahabatan ini, setiap pasukan diberi peluang untuk membuat 6 pertukaran
  • 13": Sepakan penjuru pertama Malaysia dihantar pendek dan sepakan oleh Safiq tersasar tinggi di atas palang
  • 12": Sepakan cantik oleh Safee Sali dapat ditepis oleh penjaga gol Hong Kong tetapi Fakri sudah berada di kedudukan offside
  • 10 minit permainan nampak agar sukar bagi Malaysia menembusi bahagian pertahanan Hong Kong disebabkan agak ramai di bahagian bawah
  • Sehingga 5 minit permainan. Tidak banyak serangan-serangan berbahaya. Tendakan sudut pertama oleh Hong Kong dapat dikeluarkan oleh pemain pertahanan Malaysia dengan baik
  • Malaysia mengenakan jersi biru-putih manakala Hong Kong pula merah. Permainan baru sahaja bermula dan kelihatan kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati
  • Permainan akan berlangsung dalam masa 15 minit lagi. Check it out! Antara pemain-pemain yang dijangka akan menarik minat penonton adalah Safee Sali, Aidil Zafuan, Safiq Rahim dan Mahali Jasuli dan of course penjaga gol, Khairul Fahmi. Pemain-pemain Malaysia dan Hong Kong adalah:

PREVIOUS ENTRY
Malam ini perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia vs Hong Kong akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada pukul 8.45 malam (9 Februari 2011). Perlawanan ini dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak Malaysia setelah Malaysia bergelar juara Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini.

Siaran secara langsung @live boleh diikuti di Astro Arena channel 801 pada pukul 8.45 malam.

Pada bulan Februari 2011, ranking Malaysia berada di 140 manakala Hong Kong pula 143. Kalau kita tengok ranking 6 bulan terdahulu i.e. from September to November 2010, Hong Kong lebih baik tetapi pada bulan December 2010 onwards Malaysia telah memperbaiki kedudukan.

Sama-sama le kita tunggu keputusan terkini secara live nanti. Kalau tak ada apa-apa masalah, saya akan update kedudukan terkini.

18 comments:

relevan said...

Malaysia boleh !

♥ manje ♥ said...

assalamualaikum

doakan pasukan Malaysia berjaya! (^_^) Malaysia boleh... ~

faiz said...

teruja nak tengok performance baru malaysia...dapat maintain ke tak...

Miecyber said...

Harap harap menanglah...

Apa itu Skim Cepat Kaya ?

LiFe KaMi said...

buktikan lah kehebatan malaysia..
alahai kat kpg takde astro..huhu

miss el said...

arghhh tension nye x dpt g tengok. all the best MALAYSIA!

eelobor said...

kawan tak larat nak ke shah alam. jauh sangat, lagi pun kalau hari sabtu tuh ada kemungkinan pegi tgk kat stadium. layan kat tv jer lah malam nie

secantikmanis said...

kecewanya tak dapat tengok perlawanan di antara malaysia dengan hong kong.

hans said...

moga2 Malaysia menang
Amin
kan best kalau den dapat tgok live
haih


Jom Join Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda

Anonymous said...

bro.. thanks 4 this info! keep up the good works

Anonymous said...

bro,video gol ke 2 xde ke??klu ade mmg trbaik la!nway congrats malaysia!

Anonymous said...

rugi x pi stadium..malaysia boleh

Train Bloke said...

bro..your blog sangat kool..terus ada youtube link untuk gol.keep up the good work!

Anonymous said...

haah la.. kalau ade terbaek la..camne ek gol no 2 tu..

Anonymous said...

InsyaAllah nanti, Malaysia dapat belasah Pakistan dalam 4 gol bawa bekal ke Pakistna pulak. (Kelayakan Sukan Olimpik London 2012 - 26 Feb & 9 Mac 2011 ) HARAP MAKLUM ! Assalamu'alaikum...

DKosongLapan said...

Alhamdulillah menang.....dgn menangnye Malaysia malam ni....dptle taghik ghamei lagi penyokong ke stadium,,,,, lawan Pakistan lepaih ni payah jugak ni....sbb pakistan ghamei player based kat england

Anonymous said...

nice la bro.2nd gol dh upload.keep up the good work.MALAYSIA BOLEH!ahahaha..

Anonymous said...

Sesapa yg berminat untuk memiliki jersi Bola..anda boleh ke Blog ini.. tedapat banyak pilihan jersi2 yg menarik dan harga yang amat berpatutan.. Thanks ^_^
http://jerseyssoccershop.blogspot.com/