Pages

Friday, February 4, 2011

Toyota Vios Baru RM52,000 Aja???

Memang cantik betul Toyota Vios ni. Tapi harganya berapa ya. Just nak bandingkan harag semenanjung dan Langkawi. Let say untuk model Toyota Vios 1.5J (MT), harganya adalah:
  • Semenanjung: RM71,990

  • Langkawi: RM52,456.23

  • Perbezaan: Hampir RM20,000
Tension betul kan, orang kat Langkawi bayar untuk foreign car ni tersangatlah murah. Ini antara lain disebabkan oleh cukai import yang dikenakan kepada pengguna. Nak sangat kalau harga kereta ini kita bayar ikut harga pasaran, alah macam untuk minyak @petrol le.

Maybe ada sebab tersendiri mengapa tax dikenakan selain daripada untuk pendapatan negara. Just imagine juga, apa agaknya terjadi kepada kereta nasional kalau harganya lebih kurang. Kita tunggu AFTA tahun 2015 nanti, adakah harga akan setara dengan Proton dan Perodua?

10 comments:

KiD said...

mak aihh... untung laaa orang langkawi eh.. huhuhuhu

Anne said...

jauhnya beza harga ye. LAgi la kalau kat Sarawak.

relevan said...

Uish..murah banyak ni..

faiz said...

memang seronok dapat dok kat langkawi...tak silap kalo kita dah beli 5 tahun boleh bawak semenanjung kan...

iza said...

Salam..
Mmg murah di langkawi tapi masalahnya kalau nak bawa merentas lautan hanya dibenarkan utk 2 minggu kalau tak silap. Kalau nak bawa terus, nak kena bayar cukai dan lebih kurang sama atau lebih lagi dari kita beli pada harga semenanjung.

amry said...

gilor la murah.....ish! geram jerk!

toyolkiut said...

wah..
besar bezanya tu..
best la orang duk kt zon bebas cukai ni, smua benda murah..

PinQib said...

dngar kata kalau nak kuarkan kereta dr LANGKAWI, cas mahal. ye eh??


GONG XI FATT CHOIII
•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*.¸.•*´¨`*•.¸¸.•*'
(\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
(=' ;') •::::::::HAPPY RABBIT YEAR :::::::::::•
(,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*

|Journey from HELL|
Sorry lama Tak SINGGAH.

miss nina said...

kena cukai, mahal macam di tanah besar lak

Razif Radzi said...

Murah je klu nak bw keluar vios ni.... 3 tahun baru 8 ribu kena bayar...