Pages

Monday, February 7, 2011

Permudahkan Kahwin Bagi Mengelakkan Maksiat

Kebelakangan ini banyak sangat gejala maksiat tak kira le gelaja buang bayi, ditangkap berkhalwat dan banyak lagi yang melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Tapi apa yang menyebabkan gejala ini berlaku? Memang rasanya banyak le, i.e. pergaulan bebas, kurangnya pengetahuan agama, perkembangan teknologi dan tak kurang juga dengan susah sangat nak kahwin.

Yalah kena siapkan dengan beribu-ribu duit untuk hantaran, belanja kenduri, mas kahwin dan macam-macam lagi. Apa kata kita mudahkan untuk kahwin, tak kira le sama ada yang sudah bekerja ataupun yang masih berada di institut pengajian tinggi.

Yang penting sudah sedia dari segi pengetahuan agama dan boleh pikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri. InsyaAllah rezeki tu ada le nanti, yang penting kita tahu sebab apa kita nak kahwin. So yang mak bapa apa kata mudah-mudahkan le untuk mereka kahwin.

Apa pandangan semua?

17 comments:

amal said...

Orang kata kalo takde rm10k, takleh kawin.
Orang kata kalo buat kenduri kecik-kecik, ada la tu sebabnye..
Orang kata kalo tak buat kenduri langsung, dah kawin kat siam la tu..

Banyak lah lagi orang dok kata..

tu yang jadi susah tu nak kawin huhu..sebab dok pikir orang kata....

velasrizal said...

setuju bangat dengan yg ini

Kazaztan Team said...

hantaran...duit hantaran tu lg penting drpd mas kawen...nnt tak gempak...

amirah said...

setuju setuju..rasanya elokla permudahkan urusan kawin ni..supaya tkdela gejala2 mcm tu merebak sgt kan..

Riana Qistina said...

teringat plak lagu sm salim...ape nak jadi....tak bleh jadi

Matjoe said...

aku rasa mmg patut permudahkan, aku pernah tulis dlm entry blog aku pasal makin lama makin tinggi standard kawin ni. tu laa bila dh dpt berzina, ada peduli nak kahwin.

kalau kawin tu beban, ada jer laa yg wat maksiat

sahromnasrudin said...

pandangan sy kabur heheheheh...

takdelah, yg penting iman dan tujuan kahwin itu perlu jelas..insyaALLAH SELAMAT HUHUHHH

lea said...

tapi skrg ni kan
ramai betul isteri yg ditangkap khalwat..
cmne lak tu?

faiz said...

betul tu...sekaranng ni duit hantaran pun dah cukup membebankan...tu tak termasuk kenduri lagi...takde rm20000 rsanya memang takkan cukup untuk kahwin..

cinta said...

saya setuju kos kahwin sekarang melampau tinggi..sy agak kurang setuju dgn kos yang tinggi ni sebab ia membebankan..lebih baik duit tu guna utk beli rumah..ibubapa perlu disedarkan tentang budaya membazir ni

afifsamshuri said...

permudahkan perkahwinan untuk mengelakkan maksiat..

entry yang baik..

pada saya bagi yang mampu untuk sediakan wang hantara yang beribu2 tue xde masalah...

tapi yang xmampu tue cube bawa berbincang...

bukan hantaran yang kita banggakan tapi nilai Sebuah PERKAHWINAN yang paling penting...

hihihi...panjang betul aku mengomen...

rasp said...

boleh aja bawa bincang 'syarat2' nak kawin tu kan...
tapi make sure nawaitu nak kawin tu betul...

Alimaz-Kembara Terasing said...

kawin sekarang macam jual anak dah... malah banyak lelaki terpaksa buat pinjaman berpulug ribu semata-matya untuk kahwinsaja...

azzey said...

betul juga tu. dgn memudahkan per itu mudah2an dpt mengurangkan maksiat dari berleluasa....

eelobor said...

setuju bab permudahkan urusan kahwin bagi mengelakkan masalah2 lain

gr@wn said...

ada satu negara tu, umur 12 tahun dah boleh kahwin. Disebabkan itu juga, negara itu jarang sangat berlaku kes rogol.

X salah aku, kahwin kan diwajibkan bagi yang rasa terdesak.

And seriously, ingat aku minat ke dengan kenduri mahal semua tu? Aku lagi berminat nak berbulan madu kat paris la.

miss nina said...

betul tu, perlu dipermudah2kan kedua-dua pihak.

lagipun, tujuan nak membina masjid..apa salahnya bertolak ansur. segala yg adat2 tu tak ikut pun takpe.