Pages

Friday, February 18, 2011

Keputusan Live Kelantan vs T-Team: Perlawanan Pusingan Pertama Piala FA (18 Februari 2011)


credit: redsfc

Keputusan Live Kelantan vs T-Team: Perlawanan Pusingan Pertama Piala FA (18 Februari 2011): KELANTAN MENANG MELALUI SEPAKAN PENALTI 6-5
  • Kelantan menang setelah sepakan penalti 6-5 apabila Nor Fazly Alias gagal menyempurnakan sepakan penalti

  • SEPAKAN PENALTI

    KELANTAN
    • Norshahrul Idlan Talaha: MASUK
    • Rizal Fahmi: MASUK walaupun menerjah ke arah yang betul
    • Nurul Azwan Roya: MASUK di sebelah kiri
    • Mohd Shakir Shaari: MASUK
    • Mohd Daudsu: MASUK
    • Daniel Fadzly: MASUK (sudden death)

    T-TEAM
    • Indra Putra: MASUK
    • Khairul Izwan: MASUK
    • Mohd Haris Safwan: MASUK walaupun menerjah ke arah kiri
    • Mohd Badrul Hisani: MASUK
    • Shamsul Kamal: MASUK
    • Nor Fazly Alias: TAK MASUK, tersasar tinggi

  • Wisel dibunyikan dan kemenangan akan ditentukan oleh sepakan penalti

  • Tension betul tengok permainan Kelantan dengan hantaran-hantaran yang tidak tepat. 3 minit lagi permainan dan permainan T-Team sedikit terjejas setelah Nor Farhan tiada

  • 10 minit lagi masa untuk perlawanan malam ini

  • 19": Sepakan penjuru untuk T-Team dikeluarkan oleh pemain Kelantan

  • Separuh masa kedua masa tambahan dimulakan setelah berehat hanya beberapa minit

  • Separuh masa pertama masa tambahan tamat dan kedudukan masih Kelantan 1-1 T-Team. 15 minit lagi kalau keputusan masa sama, sepakan penalti akan diadakan. JARINGAN GOL KELANTAN. Pada tahun 2009, Kelantan kalah sepakan penalti 1-4 menentang Selangor pada perlawanan akhir Piala FA

  • 12": Kapten Kelantan, Badri dikeluarkan dan diganti oleh Khairan Eroza

  • 11": Sepakan percuma T-Team setelah pemain Kelantan mengasari pemain T-Team. Sepakan percuma Indra terkena benteng Kelantan dan T-Team diberi sepakan penjuru. Sepakan penjuru tidak dapat dimanfaatkan oleh T-Team

  • 10 minit permainan, hantaran-hantaran Kelantan nampaknya tidak menjadi maybe disebabkan keletihan

  • Setelah 5 minit permainan T-Team memberi banyak asakan berbanding Kelantan

  • Masa tambahan dimulakan. Kedua-dua pasukan perlu bermain untuk 30 minit lagi i.e. 15 minit setiap separuh masa. Maybe kelebihan secara moral kepada T-Team setelah ianya semacam diberi peluang kedua setelah sepakan penalti gagal disempurnakan oleh pemain Kelantan (komen dalam twitter)

    • mirasyah: emo nengok bola neh..nape bazirkan penalti kelantan oi!!
    • itsja5on: FT: T-Team 1-1 Kelantan. Norsharul Idlan Talaha misses a last minute penalty that would've put Kelantan through to the next round.
    • mowjojo: Kelantan supporter kt MMZ yaw...cheering up their team playing...kau2 pny semangat..

  • 90++: Indra menjatuhkan pemain Kelantan dalam kotak penalti dan Azizi dkenakan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil. Sepakan penalti oleh NOR SHAHRUL gagal disempurnakan dan permainan akan diteruskan pada masa tambahan nanti. Sepakan tersebut tersasar tinggi sebelah kiri pintu gol

  • 90": Farhan dikeluarkan dan T-Team sudah membuat 3 pertukaran manakala Kelantan masih ada satu lagi pertukaran yang boleh dibuat

  • 88": Rembatan Indra terkena palang penjuru sebelah kiri. Kalau tidak penjaga gol Kelantan, Fahmi tewas

  • Lima minit lagi menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan serangan tetapi tidak menghasilkan gol. Percubaan Farhan tersasar dan kelihatan Farhan memang lutut maybe sakit

  • 83": Farhan dilayangkan kad kuning setelah mengasari pemain Kelantan, Mohd Farisham

  • Tinggal 10 minit lagi perlawanan dan kemungkinan perlawanan akan dilanjutkan ke masa tambahan sekiranya keputusan seri

  • 73": Zairul Fitree dilayangkan kad kuning akibat kekasaran ke atas pemain Terengganu Nor Farhan dan sepakan percuma pemain T-Team di sebelah kiri luar kotak penalti ditangkap kemas oleh Fahmi

  • 66": Pemain Kelantan, Ramzul dikeluarkan dan diganti oleh Mohd Nizad

  • 63": Tandukan Indra ke tanah dapat ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi. T-Team terus menggandakan serangan. Jika keputusan seri, perlawanan akan dilanjutkan ke masa tambahan. Sorry tersilap lapor mengenai away gol rule tadi

  • 61": T-Team menyamakan kedudukan setelah Indra menjaringkan gol hasil hantaran Haris Safwan. Kelantan 1-1 T-Team

  • 54": Larian pantas Ramzul yang terlepas perangkap offside dikasari pemain T-Team dalam kotak penalti tetapi yang pelik sepakan penalti atau kad kuning tidak dilayangkan kepada pemain T-Team

  • 51": Rizal Fahmi menjaringkann gol pertama dengan tandukan yang cantik hasil dari tendangan sudut KELANTAN 1-0 T-TEAM. JARINGAN GOL KELANTAN

  • 50": Percubaan terbaik T-Team sepanjang perlawanan tetapi kali ini tersasar keluar kerana menanti begitu lama di kotak penalti Kelantan

  • 49": Sepakan penjuru oleh Badri dapat dikeluarkan oleh pemain-pemain T-Team. Norshahrul dan Ramzul dikawal rapi oleh T-Team

  • 46": Serangan pertama separuh masa kedua oleh Indra bola from Nor Farhan menewaskan pemain Kelantan tetapi tandukan tersasar di atas palang

  • Permainan diteruskan untuk separuh masa kedua dan tidak ada sebarang pertukaran dan kelihatan jurulatih Kelantan, Hashim Mustapha mengatakan sesuatu kepada kapten, Badri

  • Permainan separuh masa pertama tamat dengan keputusan KELANTAN 0-0 T-TEAM. Jumpa lagi dalam masa 15 minit. Bosan-bosan jom layan finetv

  • 42": Layangan pertama kad kuning kepada pemain T-Team, Tengku Hasbullah ke atas pemain pertahanan Subramaniam

  • Antara komen di facebook:

    • Tt berkampung dan mencuba habis-habisan, takut gaji kena potong
    • T team asyik serang..tp kelantan amat hebat!!
    • ISH>>>>serang la pulak klatee!! asyik main depan gol kita je...sakit jantung aku..

  • 35": Pemain Kelantan, Ramzul kelihatan cedera setelah terkena siku Nor Fadzly yang tidak dengan sengaja melakukannya

  • Kelihatan hantaran Kelantan tidak begitu kemas dan maybe terdapat tekanan bermain di Terengganu dan perlu lebih baik selaku pendahulu Liga Super. Tidak ketahui apakah masalah Kelantan malam ini, permainan tidak seperti biasa

  • Jentera serangan Kelantan gagal bertindak dengan baik akibat dikawal rapi oleh pemain-pemain pertahanan T-Team

  • 22": Sepakan penjuru ketiga T-Team gagal dikawal sempurna oleh pemain Kelantan dan situasi agak cemas buat Kelantan tetapi pengadil meniup wisel akibat kekasaran pemain T-Team dan terdapat lebih kurang 6 pemain T-Team di hadapan gol Kelantan

  • 15 minit berlalu nampaknya tidak ada banyak serangan-serangan berbahaya from kedua-dua pihak dan ianya banyak tertumpu di bahagian tengah walaupun T-Team kelihatan lebih menguasai permainan

  • 9": Setakat 9 minit penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi belum lagi diuji dan sepakan sudut pertama T-Team oleh Farhan dapat ditangkao kemas oleh Fahmi. Dengar khabar kalau tidak menang malam ini, gaji pemain T-Team akan dipotong

  • 6": Sepakan sudut pertama Kelantan di hantar ke hadapan kotak penalti tetapi tersasar tinggi di atas palang gol

  • Setelah 5 minit permainan, kelihatan T-Team banyak menyerang terutamanya oleh Indra dan Farhan

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan T-Team "menyepak mula" dan sepakan percuma T-Team seawal less than 1 minute just outside luar kotak penalti dapat dikeluarkan oleh pemain Kelantan

  • Permainan akan dimulakan dalam masa 15 minit dari sekarang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada pukul 8.45 malam. Mengikut wikipedia, Kelantan tidak pernah menjadi johan Piala FA (dalam masa 20 tahun yang lepas) dan hanya sekali menjadi naib johan setelah kalah penalti kepada Selangor 1-4 pada tahun 2009. Apa kata sementara menunggu update layan finetv

    Mengikut rekod pertemuan 2 kali, ianya memihk kepada Kelantan yang mana menang sekali dan sekali lagi seri tetapi malam ini bermain di luar Kelantan. Senarai pemain-pemain untuk Kelantan dan T-Team seperti di bawah


Previous Entry
Pada pukul 8.45 malam ini, 18 Februari 2011, perlawanan bola sepak Piala FA akan bermula dengan format kalah mati. Siaran secara langsung @live boleh ditonton di Astro Arena channel 801 pada pukul 8.00 malam.

Dalam Liga Super, Kelantan mendahului liga dengan 10 mata dan T-Team pula di tangga ke-13 hanya mengumpul 1 mata setelah 4 perlawanan.

Perlawanan Kelantan vs T-Team dijangka sangat menarik dan penonton-penonton terutamanya Kelantan tidak sabar untuk mengetahuinya memandangkan 3 bekas pemain Kelantan berhijrah ke T-Team musim ini iaitu Indra Putra Mahayuddin, Azizi Mat Rose dan Mohd. Norfarhan Muhammad.

Bagi Kelantan pula sudah tentu memerlukan sentuhan penjaga gol, Khairul Fahmi, penyerang sensasi, NorShahrul Idlan Talaha, kapten pasukan, Mohd Badri Radzi dan juga pemain baru, Nurul Azwan Roya.

Kita nantikan perkembangan terkini Kelantan lawan T-Team dalam pusingan pertama kalah mati Piala FA. Jika tiada halangan, saya akan update secara live perlawanan malam ini.

11 comments:

Unknown said...

bila hubby balik kerja, mmg tadek chance la nk tgk cerita-cerita lain selain bola..

Unknown said...

yesszaaa..gomo kelate gomo!

Mulan said...

riuh la sekampong nanti nonton bola.. best kan..

faiz said...

kelantan kuat btol season ni...

eelobor said...

jangan lupa tengok malam nie bro...

Miecyber said...

Wow ada pengulas tetap malam nie...

Bank ditipu RM 19 juta

Geng Borak said...

steady laaaahh.. tapi rugi laaa peltai tu abe ooi... hahahaa

miss cloudy said...

walawehhh..sgt detail ulasan nyer... kagum!

Ain Tralala said...

gomo kelate gomo....kawe anok kelate.. ha3

Ain Tralala said...

bagus.. boleh jd pengulas yang terbek... he3. 5*

Anonymous said...

kecewa.arrrggghhhhh........hehe

KFC Orang Cacat