Pages

Monday, February 14, 2011

Macam Mana Nak Tahu Kedudukan Kewangan Sihat

Macam mana agaknya kita nak tahu sama ada kedudukan kewangan kita sihat atau tidak? Yang ni saya dapat from Ringgit keluaran Disember 2010:
  • Hidup tanpa bergantung kepada hutang
    Actually memang susah nak hidup tanpa hutang sebagai contoh hutang untuk beli kereta or beli rumah. Tapi apa kata kita cuba elakkan hutang kad kredit ataupun apa-apa jenis hutang untuk menyara hidup kita. Sebab hutang akan membuatkan kita rasa risau

  • Milik rumah bebas hutang sebelum bersara
    Dalam dunia ni, tak ramai yang mampu beli rumah secara tunai tetapi alangkah bagusnya apabila kita bersara nanti, tak per memikirkan mengenai hutang ini. Yalah duit yang kita ada perlu digunakan bagi meneruskan hidup bukan bayar loan rumah kan? Yang penting beli rumah yang kita mampu

  • Persaraan terjamin dan dihormati
    Mengikut survey hanya 5% sahaja yang mempunyai kebebasan kewangan semasa bersara. So macam mana dengan 95% lagi? So menabunglah di awal peringkat kita bekerja

  • Memberi pelajaran kepada anak-anak
    Plan le baik-baik mengenai kos pelajaran anak-anak bagi menjamin pekerjaan yang baik di masa hadapan. Maybe menerusi tabungan, pelan takaful, saham amanah dan macam-macam lagi. Mengikut data, graduan memperoleh gaji 2 kali ganda pendapatan seumur hidup lepasan SPM

  • Lain-lain tanda adalah keupayaan membayar tunai bagi barangan runcit, keupayaan bertahan ketika menghadapi kecemasan dan keupayaan untuk hidup sepenuhnya termasuk percutiaan, rekreasi dan aktiviti keluarga

9 comments:

ardinihumaira said...

a ah.. sebaiknya jangan berhutang kalo kena bayar hutang sampai dah bersara...

azzey said...

Kena rancang2 betul2 klu nak berhutang ni....

faiz said...

yang penting bijak menguruskan kewangan...beli ikut keperluan bukan ikut kehendak

Alimaz-Kembara Terasing said...

takut nak berhutang takut tak terbayar.. tapi terpaksa jugakkk..

sahromnasrudin said...

hara tercapailah ia sebelum pencen kan

n@m@n said...

memang bab hutang tu menyeksakan..

kalaulah boleh beli rumah dan kereta dengan cash ..tapi mana mampu..hehe

sw33tdarling said...

poket tak sihat skang ni... mcm2 hutang ada ni... bil CC tak langsai 100% mcm dulu.. huhuhuhu

Zura said...

sy rasa kewangan sy xsehat...hehe..akibat dr hutang lah nie..

miss nina said...

hutang tiada, hati lega :)