Pages

Wednesday, February 6, 2013

Cara Berkesan Menyimpan Wang dengan Kotak Misteri

Masih ingat lagi tak entri saya mengenai "Jom Curi Duit" yang saya siarkan lebih kurang setahun yang lepas? Anyway teknik ini secara ringkas kita perlu masukkan duit lebihan dari dompet kita setiap minggu ke dalam "kotak misteri". So setelah setahun, inilah hasilnya.

Sedikit penerangan:
  • Kotak misteri tu diberi nama oleh my daughter, Afiqah
  • Sebelum ini saya guna kotak kasut dan selepas beberapa minggu saya guna kotak coklat Ferrero Rocher
  • Saya masukkan duit setiap minggu secara purata RM20-RM50
  • Boleh dikatakan apabila saya nak "pecahkan" duit kecil, saya akan ambil duit dalam kotak misteri ini dan ianya ditukar dengan duit RM50
So setelah setahun lebih sikit inilah hasilnya, dapatlah RM1,500 dan mula-mula ingat nak simpan dalam kotak ni secara terus tetapi setelah fikir punya fikir, saya masukkan dalam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). So far AHB memberi pulangan sebanyak 6.5% setahun. Apa yang penting ianya berlandaskan shariah.

Mengenai kotak misteri ni, insyaAllah saya akan terus menyimpan dan tunggu le pula ya apa akan terjadi dalam tempoh setahun yang akan datang.

6 comments:

Mak Lagenda said...

Wow..menjadi jugak trick kotak ajaib nik nih.

RM 1500 pun bnyk jugak tu. Mak plak simpan dgn kaedah menyelit dlm hbeg duit2 lebihan belanja tu * selitkan duit tu kat tempat lain supaya x nampak..kalo nmpk kang, amik plak buat belanja!*

Suria Amanda said...

SA pun ada kotak misteri..tp penuh ngan duit note RM1 jer..hehehehe....

Amira Fairul said...

dulu time study suka simpan dalam textbook dan selalu lupa (sebab jarang buka). hujung sem, semua buku akan dibelek satu persatu dan hasilnya sungguh mengagumkan.. wahahaa.. tapi sekarang bila dah kerja, nak simpan duit sikit pun payah. mesti ternampak.. tapi memang kena try skill ni. yang penting kena kental. *almaklum perempuan penyimpan yang baik tapi dalam jangka masa pendek*

✿INA AINAA✿ said...

wahh bgusnyaaa menabung.. ena just menabung duit syiling 50 ngn 20 je... sekarang ni dah tak tahu ada berapa byk

Faizalpj said...

boleh simpan di dictionary security box.sy ada jual

Obat Herbal Kanker Payudara said...

kotak ajaib ..
sim salabim hheeee