Pages

Monday, February 11, 2013

Jom Naik Electric Train Service (ETS): KL Sentral - Ipoh

Semalam pi hantar mak mertua di KL Sentral untuk ke rumah abang ipar di Ipoh. So naiklah ETS. Memang ramai betul yang nak ke Ipoh. Maklumlah masih cuti kan. Kalau nak tahu pengalaman naik ETS ni, boleh tanya eyriqazz, dia adalah antara penumpang yang awal menaiki ETS semasa dilancarkan beberapa tahun yang lepas.
Jangan risau, boleh pi hantar ke dalam coach tu so tak le susah-susah untuk orang bawa barang banyak-banyak. Di samping itu, boleh ucapkan selamat pergi dari dekat kan.
Beginilah rupanya train tu. Memang panjang. Entah berapa coach ada. Bila tengok train ni, banyak pula yang tak penuh, maybe dah ramai yang balik kampung untuk cuti.
Sempatlah masuk ke dalam gerabak train ni. Ada juga kantin yang jual makanan dan minuman. Tentang harga tak sure le tapi rasanya mahal le.
Kerusi pun nampak selesa so minta Afiqah dan Danish posing untuk dimasukkan dalam blog ni ya.
Beginilah keadaan dalam gerabak ni. 
Oklah train dan nak pergi so jumpa lagi ya.
Tentang tambang boleh rujuk kat atas ya. Ada harga untuk dewasa dan kanak-kanak.
NOTA: SILA RUJUK JADUAL BAHARU MULAI 1 OKTOBER 2013.

Satu lagi sekarang ni hanya perkhidmatan silver dan gold aja. Yang platinum dah tiada. Anyway kalau yang gold tu cepat sikit sebab kurang station yang diaorang berhenti manakala yang silver tu lambat sikit tapi tak beza sangat. Boleh tengok jadual perjalanan ya.

Secara kasarnya from KL Sentral to Ipoh guna gold mengambil masa 2 jam 20 minit manakala yang silver adalah 2 jam 25 minit.

3 comments:

Unknown said...

Kalau beza 5 minit, baik pilih yg murah je...
Gold lebih selesa kot..

Bella Enveeus said...

Beza 5 minit je apa bagusnya? Hmm.. Tak pernah try train ni.. Kalau naik train pun, untuk pergi Singapore je. But kalau malas nak drive, atau penat, better take train je..

Sukma said...

teruja nak naik ETS...tapi tak tahu bila...