Pages

Tuesday, February 12, 2013

Jom Makan Kat Hayaki Kopitiam @Platinum Walk

Pernah tak dengar Hayaki Cafe or Kopitiam? Ianya bukan restoran Korea or Jepun, ianya adalah restoran Kelantan. Pertama kali tahu mengenai kewujudan restoran ni adalah daripada eyriqazz. Entri bertajuk "Jalan-Jalan Cari Makan | Restoran Hayaki Platinum Walk" tahun 2011 memikat hati saya tapi hanya baru-baru ini berkesempatan untuk terjah ke tempat ini.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Hayaki jom ke facebooknya. Kat sini ada disediakan wifi percuma. Boleh dikatakan sekarang ni ramai restoran yang menyediakan perkhidmatan wifi.
Anyway saya pi hari tu kat cawangan Platinum Walk, Setapak. Lain-lain cawangan adalah kat Kota Bharu, Damansara Uptown, Shah Alam dan Kajang. 
Jom kita tengok apa menu ada kat Hayaki ni.
Opppss, sebelum tu, ada value meal untuk lunch antaranya nasi kukus ayam hayaki dan dapat teh o ais percuma ya. 
Ni kalau penggemar roti jangan risau, macam-macam perasa ada, butter ke, susu ke, ice-cream ke, pilih aja yang mana berkenan.
Ni yang saya cakap tadi, menu utama antaranya nasi lauk ayam, nasi kerabu ayam percik, nasi dagang dan ikan tongkol pun ada.
Nak pencuci mulut, apa kata cuba pulut mangga.
Mesti ramai yang nak cuba iced blended ya. Kalau tak suka yang jenis pahit, cubalah coklat ya.
Kalau cuaca panas cubalah ABC Special le.
Ini pula minuman ya.
 
Bukan setakat masakan melayu, yang barat pun ada. 
Jom kita tengok apa yang kami makan kat sini. Iced blended memang nampak sedap so kami order yang coklat. Rasanya sangat smooth dan pekat tak macam kat pasar malam yang cair. Of course ianya manis dan jangan ambil selalu ya sebab tak baik untuk kesihatan. Harganya adalah RM6.90. Saya bagi rating 8.1 out of 10.
Air teh o. Bila sampai aja air ni Afiqah cakap macam honey. Maybe sebab cawannya macam tu kot. Yang ni pun sedikit manis, kalau kurangkan sedikit gula lagi bagus. Nak bagi rating ke? Tak perlu le. Air ni didatangkan dengan nasi kukus ayam.

Ni le rupanya nasi kukus ayam yang mana ianya dibungkus dan diletakkan atas pinggan. Set nasi kukus ayam ngan teh o ais harganya RM7.90. Bila buka aja bungkusan, mak oooiii, memang banyak. Ada ayam goreng, nasi kukus, timum, sambal, ikan bilis dan kacang. Secara keseluruhan saya bagi 7.6 out of 10. Ayam memang garing, tapi kuahnya banyak sangat dan masakan ikan bilis ni masin sedikit. Kurangkan masin ya baru sedap.
Sebelum kita pi ke makanan seterusnya inilah rupa dalaman restoran ni. Memang sungguh menawan dan tersusun rapi. Kalau tak suka dok dalam bolehlah lepak-lepak kat luar ya.
Ni chicken chop @RM9.90. Friesnya banyak juga dan ayamnya garing dan sos lada hitam boleh dikatakan OK. Lembut juga ayam ni dan saya suka dengan persembahannya. Yang ni rating saya bagi 7.7 out of 10.
Danish selain order fries makan roti bakar yang mana ada aiskrim di atasnya. Benda alah ni harganya RM4.80. Boleh dikatakan sedap juga especially rotinya yang lembut dan tebal ditambah pula dengan kemanisan dan kesejukan aiskrim. Ni boleh bagi 7.5.
Roti susu yang sebelah kiri tu memang favourite Afiqah @RM4.00. Memang cara pembakarannya cukup sempurna dan susunya meresap di dalam roti tak macam di sesetengah tempat yang mana hanya letak susu di atas roti yang dibakar. Ianya tak terlalu manis dan of course sedap. Saya prefer roti ni jika dibandingkan dengan yang aiskrim. So ratingnya adalah 7.7. 
Ni siapa tahu nama kuih ni. Ianya adalah kuih malas. Entahlah apasal bagi nama kuih malas? Yang pasti orang yang makan dan hidangkan kuih ni bukannya pemalas ya. Harga kuih ni adalah RM3.90. Persembahan boleh dikatakan agak menarik dan yang kurangnya adalah sos yang agak manis. Hmmmmmm, 7.0 cukup le ya.
Keseluruhan bil untuk makan kat sini baru-baru ini adalah RM43.90. Bagi yang nak mencuba masakan Kelantan apa kata datanglah ke Hayaki Kopitiam.

4 comments:

HaiDa HiDa said...

bestnya.. tiba2 rasa lapar plak.. nasi kukus ayam tu nampak menarik la.. kiranya berpatutan la harga tu...

Sukma said...

air kosong tu agak mahal RM 0.50, tapi chicken chop berbaloi tak berapa mahal.....
Sorry saya memang observe tentang harga kalau makan di restoran....

✿INA AINAA✿ said...

ena pernah makan hayaki ni dengan keluarga angkat ena kat danau kota.. sedap sangat2! gelas dia pun unik

hazman aka species1980 said...

ada cawangan kat kajang yea.... nanti boleh terjah....yosh !!!