Pages

Wednesday, February 6, 2013

Baik Betul Orang Sandakan

Baru-baru ini kitaorang pi Sandakan Sabah untuk majlis pertunangan. Sambutan yang diberikan oleh orang Sandakan memang tersangat baik. Antaranya ialah kami diberi sebuah rumah milik kakak kepada tunang my in-law untuk menginap sepanjang tempoh kat Sandakan. Anyway rumah tersebut terletak di Taman Airport, memang tak jauh dari airport.

Then kereta Unser milik bapanya juga diberi kepada kami untuk digunakan. Satu kereta lagi, Wish kami sewa. Actually sebelum ini kami bercadang untuk menginap di homestay dan menyewa kereta. Since diaorang dah offer, apa lagi ambil le kan.

Satu lagi, memang bab makan memang diaorang layan betul-betul. Macam-macam jenis makanan dihidangkan dan habis satu, satu jenis lagi dibawanya. Entah berapa kali kitaorang makan.
Nak pi rumah tunang my in-law pun diaorang iring walaupun jalan pi sana kitaorang tahu. Satu lagi masa nak balik, diaorang tunggu kat airport dan tak sangka diberi pula cenderahati setiap keluarga, ada t-shirt, tasbih mutiara, butang Baju Melayu dan brooch.  
Nanti kalau diaorang datang ke tempat kitaorang, tak tahulah macam mana nak bagi layanan, risau takut ianya tak sama dengan layanan diaorang berikan.

Anyway, secara peribadi saya rasa memang bagus juga perkahwinan dengan orang yang jauh dengan kita, berlainan keluarga dan banyak yang kita dapat pelajari.

2 comments:

JUK DIN said...

org2 sabah rata2nya baik2 belaka. masa sy mengajar di sana selalu gak diajak ke majlis keramaian supaya kami dpt menyerap budaya mrka yg sedikit berbeza dgn di semenanjung..

cimon said...

Budaya mereka masih terpelihara baik. (^_^)