Pages

Thursday, February 28, 2013

Teringin Nak Mendaki Bukit Broga

Baru-baru ini my friends pi memanjat Bukit Broga yang terletak di Semenyih, Selangor.  Mengikut wikipedia, ianay lebih kurang 31km dari Kuala Lumpur dan 33km dari Seremban.

Actually my friend, Uncle K dah banyak kali dia ajak tapi saya menolaknya dengan baik. Tengok-tengok last Saturday, dia pi ngan 2 orang gadis (Auntie E dan Auntie F) kat my department. Memang baik betul Uncle K, sanggup pi ambil diaorang kat rumah sebelum subuh lagi. Actually Uncle K, Auntie E dan Auntie F ni masih muda lagi, saja aja bagi gelaran uncle dan auntie.

Jom kita tengok sedikit gambar di Bukit Broga.
Gambar ni diambil masa matahari dah naik. Kalau tak silap diaorang pi mula mendaki selepas subuh, so bila sampai kat puncak tu, sempatlah tengok matahari naik, sunrise. 
Tengok tu ramai betul orang pi mendaki Bukit Broga. Kalau tak silap ketinggian Bukit Broga ni adalah 400m. 
Memang pemandangan yang cantik apabila kita lihat puncak bukit dan keadaan sekeliling.
Memang I am sure sangat memenatkan tapi sangat berbaloi. Ianya salah satu riadah yang kita dapat lakukan di samping memerhatikan keadaan sekeliling.
Tunggu ya Bukit Broga, kalau ada kesempatan bolehlah saya terjah ke sana.

14 comments:

Luqman Zakaria said...

canteknye view..teringin woh nk p..

IEMA MUSA90 said...

sama la..teringin nak buat aktiviti lasak macam ni..in shaa allah 1 ari nnti akan tercapai jugak..=)

skulluv said...

kalau duduk area kl, try bukit tabur.syok gak.

aima said...

cantiknya..ingat kat obersea...rupanya semenyih je....

Faizalpj said...

Jom

shazlea shayla @ maria said...

memang meriah atas bukit broga tu. it's a fun activities. 2 tahun lepas Maria naek Broga joint CSR for company. Tanam pokok & on the way turun kutip sampah.. mmg byk sampah sarap especially botol air kat celah2 pokok & curam. sedihh. tp puas hati & lega bila kutip all those sampah.

http://shazleashayla.blogspot.com/2010/11/fun-c-s-r-trip-to-broga-hill-yeayyy.html

eelobor said...

kalau boleh subuh kat atas sana...dapat tgk pemandangan cantik jika cuaca elok

hazman aka species1980 said...

nanti bila nak pergi boleh la buat tajuk entry BUKIT BROGA - AKU DATANG !!! .... ehehhehehe

Mak Lagenda said...

Teringin jugak nak panjat tapiiiiiiiiiii...mampu ke mak debab bwk badan nak mendaki??

Thihi..

amirah said...

kalau dpt tgkp gmabr kat atas ni best nya..cantik

Suria Amanda said...

buat la rombongan..nak ikut...

HeNRieTTa JoSe said...

rietta pown teringin nak ke sana....nk snap picta....huhuhu.....

Unknown said...

rendah je ni...hehe ekau boleh! ;p

Izzat Eshak said...

Sila la pergi cepat2 =)