Pages

Monday, February 11, 2013

Hantaran Pertunangan @Kuala Lumpur Pula

Sebelum ini saya cerita mengenai hantaran untuk majlis pertunangan adik ipar lelaki yang berlangsung di Sandakan Sabah, sekarang ni nak cerita pula dengan hantaran pertunangan anak sepupu perempuan sebelah wife yang berlangsung di Kuala Lumpur pula.

Anyway hantaran pertunangan pihak perempuan adalah sebanyak 7 dulang dan lelaki sebanyak 5 dulang. Yang lelaki tu berasal dari Batu Pahat, Johor. Jom kita tengok apakah hantaran oleh pihak perempuan.
Wow, ada iPhone 5. Hmmm paling-paling kurang pun harganya adalah sebanyak RM2,000. Kalau tak percaya boleh tanya tokey iPhone 5, bro eyriqazz yang telah memenangi sebuah iPhone 5. By the way, sekarang ni dah biasa agaknya letak hantaran telefon ya.  
Seterusnya adalah wangian Locaste. Memang tak sah kalau tak bagi perfume kan?
Jangan lupa dengan buah ya, baik untuk kesihatan.
Ini boleh buat baju melayu ni. 
Coklat ferrero rocher ni dah jadi macam satu coklat yang selalu orang letak dalam dulang kan?
Sembahyang jangan lupa ya, so kenalah ada sejadah. Anyway satu dulang lagi tak sempat ambil gambar, ianya cupcakes.
Jom kita tengok hantaran pihak lelaki pula. Yang ni memang kalau dalam majlis pertunangan mesti ada. Apa lagi kalau tak cincin pertunangan. Hmmmm, tak sempat nak ambil gambar cincin since dah dipakai oleh orangnya, tengok bekas aja le ya.
Kalau tak silap ni kain, tapi apasal banyak sangat ya. Hantam ajalah bolehlah buat baju kurung banyak-banyak ya nanti.
Macam-macam jenis coklat ada. Pilihlah ya yang mana berkenan.
Tengok buah tu memang nak aja ngap especially buah strawberi tu. Bak sini sebiji.
Last adalah kek @Secret Recipe. Entah kek jenis apa pun saya tak tahu. So begitulah cerita mengenai majlis pertunangan ya.

Seronok juga tengok majlis pertunangan. Lain negeri lain pula adatnya kan, apa yang penting kerjasama.

4 comments:

cik chinta said...

fuhh...tang hp yg best

yang baik Ishak said...

selamat bertunang semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin... next buat entry perkahwinan mereka pula yer.

Rabia Sensei said...

Selamat bertunang :)

Sukma Haron said...

suka tengok barang hantaran...cantik ke tak? mahal ke biasa2 jer.....