Pages

Monday, February 4, 2013

Jom Bertunang di Sabah

Jangan silap faham pula dengan tajuk ni. Actually baru-baru ini kami sekeluarga, mertua dan ipar-duai pergi ke Sandakan memandangkan adik ipar bertunang dengan orang Sandakan. Memang cukup meriah dan sambutan yang sangat baik diberikan oleh keluarga perempuan di sana. Kalau tak silap dari kalangan kaum Bajau.
Acara dimulakan dengan majlis merisik dan seterusnya dengan majlis bertunang. Selepas selesai majlis tunang, ada satu surat untuk ditandatangani oleh pihak lelaki dan perempuan bagi mengesahkan pertunangan mereka. Tak pernah lagi saya tahu mengenai perkara macam ni.

Anyway dalam majlis pertunangan, pihak perempuan mengesyorkan beberapa perkara bagi pertimbangan pihak lelaki iaitu:
  • Wang hantaran perkahwinan kelak sebanyak RM1X,1X1.X1
  • Perbelanjaan tunang. Yang ni memang pelik sikit. Ianya seperti nafkah yang perlu diberi oleh lelaki kepada wanita setiap bulan sehingga sah menjadi isteri kelak
  • Satu gulung kain putih bagi menggambarkan wanita tersebut adalah seorang yang suci dan juga bagi mengharapkan pasangan tersebut berkekalan
Anyway sebelum majlis bertunang pihak lelaki kena bagi wang "buka mulut" bagi memulakan majlis. Ingat ya, setelah duit dalam sampul diberi, mereka akan umumkan bagi memberitahu kepada semua orang dalam majlis tu berapa jumlah yang diberikan.

Inilah "hantaran" bagi pertunangan. Pihak lelaki memberi 5 dan dibalas 7+1 oleh pihak perempuan termasuk sebiji kek.
Ni le antara barangan iaitu wallet.

Set penjagaan muka pun ada.
Selepas tu apa lagi makan le. Not bad juga masakan orang Sandakan. Memang saya suka especially gulai daging. Tak banyak beza dengan masakan orang Semenanjung.
Lepas tu kami dihidangkan dengan kuih-muih. Suka kuih yang berbentuk kon tu. Lepas tu diaorang bagi makan puding karamel pas tu minuman agar-agar buah-buahan. Alah yang berwarna putih, santan tu.

Secara keseluruhan, sambutan yang diberikan oleh orang Sandakan sangat baik dan memuaskan. Memang mereka betul-betul jaga tetamu. Begitulah sedikit sebanyak pengalaman menghadiri majlis pertunangan di Sabah.

Nanti saya hadir majlis perkahwinan, saya akan cerita pula ya. Begitulah adat resam orang Bajau di Sabah.

4 comments:

Amanda Suria said...

jauhnya pergi majlis bertunang...lain tempat lain adatnya kan...

HeNRieTTa JoSe said...

Siap ada belanja tunang...bestnye.....asal kt semenanjung xde....ekekeke....

Adziim said...

Pergh..dia punya adat. Glamour jgk.

amirah said...

best kalau kawen orang lain2 negeri ni..belajar adat negeri lain2...