Pages

Sunday, February 24, 2013

Jom Lunch di Cinnamon Box, KL Festival City

Semalam pi lunch kat Cinnamon Box di KL Festival City
Sebelum tu apa kata kita tengok menu kat restoran kayu manis ni.
Ni kiranya makanan utama le, nak makan nasi ke, mi ke boleh aja.
Kalau tak nak masakan Malaysia apa kata cubalah masakan barat.
Ni untuk yang ringan-ringan. Mesti ramai yang suka cucur udang kan?
Dessert yang sedap-sedap pun ada tapi apasal banyak tak ada ya?
Kalau makan mesti nak minum juga kan?
Ni lagi minuman ya.
Fresh juice pun ada.
Anyway since my daughter, Afiqah menghadiri kursus pengawas, so kitaorang bertiga ajalah terjah tempat ni. Anak sorang lagi, Danish tak makan makanan kat sini so belilah makanan kat luar. Anyway kiranya menu ni untuk berdua ajalah.

Iced lemon tea dan coke kami order. 
Anyway ni mi kari dengan ayam, udang dan telur @RM9.90. Tapi macam tak rasa sangat ayam, maybe sikit sangat diaorang letak pas tu kecil pula. Memang sah mi ni dengan kari sebab rasa kari sangat dan tak begitu lemak. Macam mi letak kari dan air aja. Tak cukup rasa sangat. Persembahan memang perfect tapi rasa tak begitu sangat.

Oleh sebab itu ratingnya tak berapa sangat, saya bagi 7.1 out of 10. Banyak lagi kena improve.
Yang ni pula signature dish kat sini, Nasi Pandan Special @RM14.90. Persembahan boleh tahan except nampak ayam yak begitu terselah maybe disebabkan ayam tu tak begitu garing. Memang saya jenis yang suka makan yangh garing-garing.

Anyway nasi pandan ni ada ayam goreng berempah, telur rebus separuh, sambal udang, acar dan papadom. Sebelum ni tengok kat internet, nasinya berwarna hijau tapi kali ini putih pula. Anyway memang boleh bau pandan le nasi ni.

Ayamnya saya dah komen tadi, memang cukup rempah tapi kalau nak sempurna lagi kenalah garing sikit ayam ni baru sedap. Sambal udang boleh tahan juga rasanya tapi udangnya terlalu kecil dan susah sikit nak makan apabila udang tu yang ada kulit. Acarnya sempurna dan papadomnya cukup ranggup, memang sedap dimakan.

Secara keseluruhan saya bagi rating 7.4 out of 10.
Ni apa lagi kalau tak "Caramelised Banana with Cinnamon & Ice Cream". Memang satu hidangan yang sedap dan persembahan yang bagus. Pisang yang dibakar dengan baik dan dilimpahi dengan karamel serta sos kayu manis campur dengan aiskrim.

Kombinasi panas dan sejuk membuatkan ianya cukup istimewa. Rasanya yang manis membuatkan kita tidak akan lupa pengalaman makan kat Cinnamom Box. Pemanis mulut ini membuatkan kita nak datang lagi walaupun makanan kat atas tu tak just OK aja.

Secara keseluruhan saya bagi rating untuk dessert ni 9.1 out of 10. Manakan tidak, blogger eyriqazz sampai order dua set pisang bakar ni. 
So kiranya untuk makan dua orang kat sini total bill adalah RM39.60. Lain kali boleh datang lagi kat sini tapi untuk tea time kot, nak cuba cucur udang ke, cucur ikan bilis ke ngan kepak ayam. Ingat ya restoran ni buka from 12 tengah hari ya, jangan le pula datang awal. Boleh check facebook untuk maklumat lanjut ya.

3 comments:

✿INA AINAA✿ said...

perghhh sedapnyaaaaaaaaaaaa.. harga pun boleh tahan... wahhhhh

Ramilah Ahmad Jan said...

..x jmpe pun cinnamon kat kl featival city ni.. ermmm :'(

Sharinginfoz said...

Kedainya dah ditukar nama tempatnya masih sama sebelah sakura kristal