Pages

Thursday, February 21, 2013

Apa yang Ajaib dengan Pemanggang are IKAN

Sebelum ni perasan juga yang produk pemanggang ajaib banyak betul  kat pasaran sekarang. Macam-macam jenama ada. Anyway apa yang ajaibnya pemanggan ni. Kalau tak silap ianya bukan sekadar boleh digunakan untuk memanggang malah membakar, menumis, mengukus dan macam-macam lagi.
So dah beli produk pemanggang ajaib jenama are ikan. Entahlah apasal diaorang guna jenama are ikan. Saiznya adalah 28cm. So bila memanggang boleh digunakan kedua-dua belah so tak perlu le balik ikan atau ayam tu ya, just terbalikkan pemanggang ajaib tu.
Kat bahagian pemegang tu ada magnet bagi menjamin pemanggang ni ketat dan senang untuk memanggang ya.
Bahagian dalam ni ada permukaan yang terdapat garisan timbul.
Satu bahagian lagi adalah terdapat corak khas yang mana bagi memastikan makanan tidak melekat.
Dalam kotak tu ada diberi getah. So kalau dah lama guna nanti, bolehlah tukar getah tu kalau rosak ya.
Ni le rupa pemanggang ajaib are ikan. 
Dapat juga buku resepi sebagai panduan. 
Nak masak chicken chop pun boleh. 
Harga pemanggang ajaib are ikan ni adalah RM129 dan masa beli hari tu dapat dengan harga RM108. Rasanya bagi ahli dapatlah diskaun 20% kot. Saya bukan ahli ya.

Nanti di lain entri ya saya berkongsi dengan masakan menggunakan pemanggang ajaib are ikan. Tunggu. Anyway kalau yang pernah juga or tengok orang guna, apa kata berkongsi le sedikit sebanyak pengalaman ya.

UPDATE: PERCUBAAN PERTAMA BAKAR AYAM DAN SOTONG

12 comments:

mamawana said...

Assalam,

Mamawana baru beli jenama Korea Happy Call. Baru sekali guna. Beli melalui Groupon by pos lebih murah. Nanti kongsi resipi ya..

shazlea shayla @ maria said...

waaahhh.. nak juga pemanggang ajaib!!! cpt2 la share hasilnya.. tq =)

aku la... said...

saya dah guna, masak pizza,ikan stim, ikan bakar, ayam pannggang lempeng. mudah x melekat kalau buat lempeng x yah minyak dan x melekat.p bakar ikan pun cepat masak..memudahkan kerja la disamping dapat menghasilkan menu sihat..

Mak Lagenda said...

Mak ada jugak sebijik pemanggangg ajaib ni..tp jarang2 guna le. Hehehe

hazman aka species1980 said...

terus beli - siap ada model lagi yea....bagus la bro lepas nie rajin la masak2x yea

ejulz said...

menarik pemanggang ni.. kakak sy ada jual. tp mls nak beli.. duk rmh bujang bukan slalu sgt masak pun..hehe

Jom tengok hadiah kat sini - http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/senarai-sponsor-yang-baik-hati.html

Menarik x hadiah? Hehe
Jom join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan terawal akan dapat 1pcs Sticker Fridge Magnet / 1pcs Button Badges dari @Cenderahati Akamika Gift. Dan rebut hadiah2 menarik yang lain.. ^_^

http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

HeNRieTTa JoSe said...

Thanks for the share....rietta sdg berkira kira nk bli....survey jenama yg berbaloi....

Zura Zue said...

yg penting dia senang...nk terbalik ke atas ke bawah...

✿A I N A A✿ said...

kalau dapat sebiji ni, memang hari2 masak panggang la.. ena suka makan yg panggang2 ni... huuuuuuu nanti nak belilah... boleh masak kat hostel.. =P

MOHD SHAH REZAN said...

aku mmg ada sebijik kat umah..dah lebih setahun pakai..mmg syok memanggang...memang panggang ajaib bro..aku masuk ikan pas 15 minit jd ayam...sgt ajaib...hehehehe...maaf gurau jer..

rezan1509.blogspot.com

vogue ai said...

Beli kt mne sis? Cane nk jd ahli?

Sharinginfoz said...

kat taman melati, banyak tempat ada jual