Pages

Friday, February 22, 2013

Percubaan Pertama Guna Pemanggang Ajaib are IKAN

Semalam saya ada cerita mengenai pemanggang ajaib are IKAN, hari ni nak cerita mengenai pengalaman pertama guna pemanggang ni ya. Yang ni adalah ayam sebelum dimasak ya.
Alamak sotong ada 2 ekor aja, hantam ajalah. 
Saya gunakan api dapur gas yang kecil aja. Biar lama-lama sikit lagipun bukan kena buat apa pun. Tunggu ajalah ya.
Lepas tu tutup le takkan nak biarkan terbuka ya.
By the way, saya gunakan sos BBQ jenama Heinz. Yang satu lagi sos lada hitam, campur ajalah ya.
Lebih kurang 10-15 minit beginilah rupa ayam yang dipanggang guna benda alah are IKAN ni. Air ayam dan rempah tu dah kering.
Dah masak separuh pas tu pusing aja pemanggang tu so tak perlulah kita balik ayam tu guna sudip ke. Kejap aja kan tak sampai 30 minit masak le. Kalau nak cepat lagi guna api lagi besar tapi tak tahulah apa kesannya.
Sotong kejap aja, since pemanggang tu dah panas, tak sampai 5 minit masak le sotong. Sotong lagi sodap. Ayam pun sodap juga. Memang cukup senang. Lain kali boleh panggang lagi guna pemanggang ajaib are IKAN ni. 
Ni le rupa permukaan pemanggang. Jangan risau ya, nanti dah sejuk rendam guna air aja.
 
Sebelah permukaan satu lagi pun sama.

5 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

yg melekat tu senang cuci tak??

Suliana said...

nak beli jugalah kat lgkawi :-)

CikLily Putih said...

musim orang masak pakai menda ni ek.. sesuai orang pemalas seperti aku ni

Amanda Suria said...

ni semua nak suh beli kan? kena carik satu ni...

Faizal Pejay said...

ada beli di langkawi..tak buat2 lagi entry nya haha