Pages

Sunday, February 17, 2013

Jom Makan di JM Beriani House @Selayang

Jom makan-makan nasi beriani. Kali ini saya makan kat JM Beriani House yang bertempat di sebelah Selayang Mall, Selayang.
Ni le menunya, sorry tak berapa clear. Anyway satu pinggan nasi beriani lebih kurang RM14.
Ni le nasi beriani. Ianya didatangkan dengan kuah dan acar.
Nasinya agak panjang dan lembut. Of course rempahnya sedap.
Actually saya order dua pinggan. Satu nasi beriani ayam merah dan satu lagi nasi beriani ayam goreng berempah. Tapi yang sampainya yang di atas. Hantam ajalah. Ianya nasi beriani kari ayam. Sedap juga nasi ni dengan karinya yang pekat dan ayamnya yang lembut. Secara keseluruhan saya bagi rating 7.4 out of 10.
Yang ni pula ayam goreng berempah. Tak begitu garing dan banyak isi dan tak berapa rasa rempahnya. Tapi keadaanya memang masih panas. Oleh itu saya bagi rating 7.1 out of 10. 
Nasi beriani kat sini memang diaorang tak bagi papadom so kena order berasingan. Satu pinggan tu RM1. Secara keseluruhan makan kat JM Beriani House ni bolehlah tahan dengan rasanya tapi saya lebih prefer nasi beriani Insaf kat area Sogo.

4 comments:

Amanda Suria said...

mak aii...ni makan ngan daging kambing pun sodap ni..

hazman aka species1980 said...

lauk ayam goreng kena ngan sos cili gak jadi penambah selera...

Smiley said...

adeih terliuq

Zura Zue said...

masakan dia okey...suke air bunga roselle...