Pagi tadi masa pi jalan-jalan kat Sogo so singgah jap kat Restoran Insaf.
Apa lagi kalau tak nasi beriani ayam goreng dan air mangga yang menjadi kegemaran orang ramai apabila berkunjung ke Restoran Insaf. Nasinya yang sedap ditambah ayam yang garing dan rempah yang sungguh sedap. Bukan setakat tu, air mangganya yang begitu asli dan kelembutan terasa apabila diminum.
Menjadi kegemaran Afiqah, memang sedap sangat apabila menjamu selera, habis ayam dimakan dan licin nasi di dalam pinggan.
So selepas makan pi le bayar, apabila keluar dari Restoran Insaf, saya tengoklah kembali harga yang diambil menggunakan kamera. Memang pelik betul dalam senarai harga nasi beriani ayam harganya RM13 aja tapi cashier tu charge RM14. Satu lagi air tin harga yang dipamerkan adalah RM2.50 tapi caj yang dikenakan adalah RM3.00.
So apa lagi saya kembali ke restoran then tanya cashier, apa sudah jadi, dia cakap actually dia caj RM14 sebab nasi tu penuh, kalau tak penuh RM13 aja. Pelik betul, mana ada nasi penuh or tak penuh. Then dia cakap itu harga lama, harga baru belum tukar lagi
Tak kira, saya cakap suruh dia pulangkan semula harga yang terlebih caj. Selepas tu, dia akur. Satu lagi mengenai air tin tu memang dia akui tersilap caj, harganya RM2.50. Saya cakap kat cashier kalau kat papan tanda tulis harga nasi beriani RM15 saya tak kisah bayar RM15, so lain kali tulis betul-betul ya papan tanda harga tu.
Memang harga nasi beriani kat Restoran Insaf ni dah naik, dulu tahun 2010 hanya RM11. Walaupun harganya sedikit mahal, tapi ianya takkan menginsafkan kita untuk ke sana ya sebab rasa nasi beriani memang mengancam.
10 comments:
tk pernh mkn lg kt sini tp dgr rmi yg ckp sedap..hah nasibaik check rege ngan time byr tu..kdg2 diorang ni ingt kita tk check
tentang hal 'argue' harga tu, memang sepatutnya kena buat. tapi tak ramai yang berani cakap depan-depan.
Memang selalu sangat jadi kes kedai cas lebih daripada harga yang ditulis. alasan paling popular "itu harga lama"
Cuba test makan telor ikan kat sana. Hik3 ^_^
nasi dia memang best kan... mungkin faktor sewa kedai naik pun diorang kena NAIKKAN HARGA sebab nak maintain kadar untung sama...
selalu jadik camtu kan..ingat kita tak check harga dah..
ader kwn sakura citeer hal 'x menarik' psal restoran nih.huhhu
saya memang dah lama INSAF..tak masuk lagi dah restoren tu..tahun2008 makan baryani kat situ 4 org=$90.00+++..mkn menu biasa jer tapi ada ambik kambing skit(satu piring kecik je=$12.00)..skrg ni kalau nak mkn baryani gi depan sikit kat restoren ZAM-ZAM..ok gak
Pernah makan kat situ, harga memang mahal. Makanan dia takdelah beza sangat dgn kedai lain dan ada history tempat tu pernah tutup sebab soal kebersihan.
Memang insaf dah pergi sana.
Sib baik check resit.
Insaf ni mmng popular terutama bulan posa. Pernah dulu2 pi makan tp tak ingat la sedap tak maskaan dia.
Mmg2 insaf klu dah mkn kst sini...hmmm
Post a Comment