Pages

Sunday, January 20, 2013

Tak Dapat Makan kat Ogy D' Greenwood

Semalam plan nak pi makan kat restoran Kak Ogy @Ogy D' Greenwood tapi sayang bila dua kali pusing masih tidak dapat tempat untuk parking. So terpaksa lupakan hasrat. Memang bagi pandangan saya lokasinya tak begitu baik memandangkan tempat parking sukar dicari.
Anyway Ogy D' Greenwood terletak di Jalan Batu Caves, Kampung Simpang Tiga. Website http://www.ogydgreenwood.com.my masih dalam pembinaan.
So kitaorang mengambil keputusan untuk makan kat Johnny's Restaurant kat AEON Wangsa Maju. Boleh tahan gak makan kat sini.
Di samping steamboat, banana split kat sini menawan hati juga. Of course banan split kat sini lebih murah jika dibandingkan dengan kat Baskin Robbin, RM5.90 vs RM23.50.
Kepak ayam ni favourite Afiqah, yang ni untuk lima ketul for RM9.90. Memang sedap dan salah satu item yang perlu dicuba di Johnny.
Mixed fruit ni pun sedap. Make sure kalau kita order steamboat ambil kupon kat hadapan pintu Johnny dan boleh redeem benda alah ni secara percuma.

So begitulah cerita makan-makan semalam. Tunggu ya Kak Ogy, suatu hari nanti kitaorang akan pi terjah kat Ogy D' Greenwood.

6 comments:

Cik Kamoo said...

tgk dekat blog kawan...mcm best je dia makan dekat restoran kat Ogy nie. kena cubalah nanti

kak ina kl said...

kalau nak parking ..gi parking belah sinun..memang payah nak parking depan restoran ni

akak hari-hari lalu sbb ambil anak balik sekolah tapi tak teringin lagi nak makan kat situ

Sharinginfoz said...

kamoo: kena cuba ni

kak ina: masa pi tu seberang jalan kat area nasi padang pun penuh

shazlea shayla @ maria said...

sedapnyeeee..mgoda btul

hazman aka species1980 said...

bro... apa kata approach untuk buat FOOD REVIEW kat situ...confirm geng blogger boleh turun....

Azueriena Norash said...

wahh skrg dah makin maju Greenwood nie yer...dolu2 pernah dok kat sana time bujang2...maser tu pun memang banyak makanan sedap2 kat sana