Pages

Sunday, January 13, 2013

Domino's Pizza: Untung Beli 2 Personal Berbanding 1 Regular

Tadi my son, Danish teringin nak makan pizza so order le Domino's Pizza melalui online.Walaupun dah banyak kali order melalui online, baru perasan yang beli 2 personal pizza (6 inci or 4 keping) lebih murah berbanding dengan 1 regular pizza (9 inci or 6 keping).
So order le 2 personal pizza yang mana satunya adalah RM10.80. Kitaorang pilih Aloha Chicken dengan Spicy Sausage. So dua harganya RM21.60.
Pas tu pula order sekali yang regular pizza @RM23.80 bagi BBQ Chicken. Boleh dikatakan kitaorang selalu order Aloha Chicken ngan BBQ Chicken.
Tapi yang paling seronok yang regular tu free aja sebab ada kupon "Sorry we were late". Yalah kalau diaorang hantar pizza lebih dari 30 minit waktu kita order dapatlah kupon ni. So kesemua sekali RM22.90 termasuk dengan cukai 6%.

Hmmm, next time, kitaorang akan order 2 personal dengan 1 regular sebab ianya lebih murah jika dibandingkan dengan 2 regular. Kalau nak murah lagi baik order 4 personal pizza kan tapi biasanya yang regular pizza kitaorang selalu dapat free sebab ada aja masa diaorang hantar lambat dari 30 minit.

Tapi kan topping untuk personal terhad sebab kalau tak silap ada 4 pilihan aja berbanding dengan 23 pilihan untuk regular pizza.

3 comments:

Nur Fauzi Bassar said...

wah...bile tengok gambar rasa teringin nak beli esok.

ada betulnye, beli 2 personel pizza, dapat 8 keping. kalau beli 1 regular baru dapat 6 keping.

shazlea shayla @ maria said...

domino best!

MiszSpecky said...

haah la...baru sedar..selameni tertipu sikit...