Pages

Tuesday, January 8, 2013

Bagus ke Melabur dalam Sukuk Runcit DanaInfra @3.7% Keuntungan?

Hari ini Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan sukuk runcit yang pertama (ETBS), menawarkan keuntungan minima sebanyak 3.70% setahun. Kadar ini adalah lebih tinggi daripada kadar jika kita menyimpan dalam fixed deposit. Ianya adalah berlandaskan shariah dan diterbitkan oleh DanaInfra Nasional Berhad. Nak tahu pasal ETBS?

Secara ringkasnya mengenai sukuk DanaInfra:
  • Jumlah tawaran adalah sehingga RM300 juta
  • Pelaburan awal minima adalah RM1,000 (harga muka adalah RM100 dan kena beli 10 lot minima)
  • Hasil terbitan akan digunakan untuk projek Transit Aliran Massa (MRT)
  • Tempoh sukuk adalah 10 tahun
  • Kekerapan bayaran keuntungan: Setiap 6 bulan
By the way, kalau nak melabur dalam benda alah ni sama dengan beli saham. Nak tahu lebih lanjut sila rujuk sukuk DanaInfra.

Bagi saya kalau yang tak biasa dengan saham, tak perlulah lagipun pulangannya tak banyak sangat, baik simpan dalam Tabung Haji (lebih kurang 5% setahun) or Amanah Hartanah Bumiputera (6.5% setahun) yang mana kadar keuntungan jauh lebih tinggi tapi kalau ada duit banyak dan tak tahu nak letak mana, why not cuba sukuk DanaInfra ni. Actually dividen "simpanan tetap" di Bank Rakyat lebih 4% setahun.

5 comments:

Rabia Sensei said...

TQ for the tips! Sangat2 membantu. Baru tadi borak2 ngan husband. Bila baca entry ni, baru jelas lagi clear. Mohon share yer! ;p

Ahmad Hati said...

3.7% setahun amat lah sikit. Sebab ni kan investment untuk long-term (10years) dan invested around MRT project, sepatutnya boleh dapat more than that.

Diari Maya said...

Akak tak brapa minat ngan saham2 ni...kurang faham apa2 yg kait mait ngan shm nih : (

siti hazreen said...

info yang bagus ;)

HeNRieTTa JoSe said...

hmmm....rietta sekarang tengah nak mengumpul dana...azam lew kekonon.... ...ekekeke....neway...thanks for the share...

PSS...maaf rietta tag awk....http://hati-dan-bicaranya.blogspot.com/2013/01/25-random-facts-about-me.html