Cara senang ringkasannya (sebagai contoh) adalah:
- Harga emas untuk 100 gram adalah RM20,000
- So kita perlu ada modal RM6,000 (30% daripada harga emas)
- Then bawa emas 100 gram tu untuk dipajak gadai kat bank yang menawarkan Ar-Rahnu so dapatlah RM14,000 (70% daripada harga emas)
- So dapat cash, bayarlah kepada syarikat yang jual emas
- Tiap-tiap bulan buatlah pembayaran balik kepada bank sebab kan kita hutang RM14,000
- Pas tu bila harga emas naik @syarikat emas expect kenaikan emas adalah 25% setahun (BANYAK TU), buat lagi sistem pajak gadai setelah kita habis loan untuk gandakan jumlah emas.
- Syarikat emas charge spread 15%, maknanya harga emas kalau kita jual balik immediately setelah beli kita akan rugi 15%. So agen yang jual emas tu le paling untuk dapat banyak komisen. Ada instrumen kat luar yang menawarkan spread kurang daripada 5% so buat apa bayar lebih
- Bank mengenakan upah simpan emas yang tinggi i.e. RM0.75 bagi setiap RM100 harga emas so effectively caj simpan yang dikenakan adalah 12.9% setahun since kita boleh pinjam 70% daripada harga emas aja
- Andaian yang menyatakan kenaikan emas 25% setahun memang susah nak capai. Mengikut benchmark harga kijang emas, purata kenaikan emas adalah lebih kurang 12.4% setahun for the past 3 years manakala untuk setahun yang lepas kenaikan hanyalah 1.5% setahun. SO kalau yang 12.4% pun tak berbaloi sebab spread dan 15% manakala upah simpan pula hampir 13% so harga emas perlu naik at least 28% baru balik modal.
- Kalau nak melabur dalam emas ni jangan ambil HUTANG
- Cari emas yang spreadnya (perbezaan harga jualan dan belian) rendah
- Beli emas daripada syarikat yang dah establish / bank
7 comments:
Nak tanya:
Pembiayaan beli emas (hutang) dengan bank tu guna pembiayaan peribadi atau memang ada khas pembiayaan beli emas?
thanks for the share...rietta xikut mana mana lgi...ada juga kwn kwn yang terlibat nagn dua dua nie...
nur fauzi: tak sure tapi ianya rasanya bukan pembiayaiaan peribadi or pembiayaan khas tetapi normal pinjaman melalui pajak gadai emas.
sy juga ada mengulas tentang ini disini :
http://pelaburjutawan.wordpress.com/2012/12/05/kaedah-pelaburan-emas-arrahnu/
Mak pun ada gak baca iklan pelaburan emas ni tp ikut pemahaman mak yg kurang mahir dlm pelaburan emas dan ilmu sifir ni pun mcm leh dpt 'nmpk' kat mana kekaburan tu ada.
kenaikan emas dijangkakan 25% setahun?? Woahahaha...nak dpt blk modal pun makan tahun woih!!
Apapun, gud sharing Nik. :)
maksudnya pelaburan emas yg ditawarkan ni adalah 'too good to be true' la ye?pada pendapat saudara pelaburan emas mana yg sesuai?
sha shm: bagi saya beli emas tanpa berhutang dan pilihlah yang mempunyai spread yang rendah dan of course berlandaskan syariah
Post a Comment