Pages

Monday, January 28, 2013

Jom Lepak-Lepak Kat Secret Recipe @The Mall

Semalam lepak-lepak kat The Mall then tercari-cari nak makan apa le. So kitaorang singgah le kat Secret Recipe. Sekali sekala OK le kan. Sementera menunggu makanan sampai, diaorang bawalah benda alah keropok ni.
Kek buah-buahan, Fruitilicious ni memang sedap, saya meman recommend kepada penggemar kek. Actually masa kek ni sampai meja sebelah tiba-tiba terpikat so diaorang tanya kat waiter benda alah apa ni. Then diaorang order juga sebab nampak memang menarik. Kek ni satu slice RM10. Rasanya tak begitu manis dan rasa lebih kepada lemon. Buah-buahan peach, kiwi, strawberi dan mangga boleh didapati.

Sebelum ni pernanh tengok kek ni, ingatkan pavlova.
Nasi goreng sate boleh tahan gak. Nasinya cukup rasa dengan sedikit rasa rempah. Tapi satenya memang out keras sangat, maybe terlebih panaskan dalam microwave kot. Harganya RM15.50.
Afiqah memang enjoy chocolate ice-blended  ni. Ianya cukup lembut apabila masuk dalam mulut dan teksturnya cukup sempurna, tak terlalu cair dan keras. Harganya RM8.80. 
Ini makanan pilihan saya, nasi goreng Thai @RM15.50. Udangnya yang garing, nasi goreng pula digoreng bersama udang yang kecil dan diletak telur dadar yang dihiris. Nasi memang sedikit tasteless sebab tu le diaorang bagi tomyam dan juga sambal belacan yang mengancam. 
Ni pula chicken grilled ngan sos cendawan bersama dengan nasi @RM14.50. Kuahnya yang pekat dan ayamnya just OK.
Tak sabar Afiqah nak makan, ngan tangan lagi selesa kan. Hantam ajalah janji enjoy. Anyway, Danish tak prefer sangat makan kat sini so belilah makanan kat luar untuk Danish.
Semua sekali RM75.75 termasuk ngan cukai. Secara keseluruhan bolehlah. For me yang paling sedap ialah kek dan ice-blended. Yang lain tu biasa-biasa aja. Sekali sekala OK le kan.

9 comments:

mama tisya said...

kek baru ke tu..lama tk ke secret recipe...kalo pegi sini suka kek indugence

Qashmere said...

Kalau ke SC ni saya suka yang berkuah-kuah selain western menu. Mee kari ke tomyam ke makan panas2 memang sedap..bersma dengan kek2 tu memang lah sedapnya..

tapi harganya jangan lupa juga.. hehe

Ellyna Lyna said...

Baguslah dpt mkn pg.. Tomyam..sedapnya

ChEnTA LiEYza said...

waaahhh...sedapnya...terliur... x sabar nk tggu M.ELaun bagi nafkah.. hehhe..nk makan kat SR gak...jeles3...

Rabia Sensei said...

Birthday husband hari tu baru jer beli chocolate indulgence. Itu memang favourite keluarga belah husband. Nanti nak try lak kek fruitilicious gaklah :)

✿A I N A A✿ said...

kenapa ena tgok ayam chicken chop dia besau, kt tempat ena kecil je.. xpuas kot.. hurmmmm... huaaaaaaaaa sedapnyaaaaaaaa.... laparnyaaaaaaaaa

juadah said...

Selalu gak pegi SR ni. Pegi antara kul 3-6ptg order sepotong kek akan dpt secawan teh/kopi.
Sya suka makan nasi thai tu. semuanya udang

Mak Lagenda said...

Kalo ke SC ni, mak mmg suka mkn nasi grg thainya..plg menawan kalbu is dia punya smbal belacan. Hehehe

P/s: Tp..kat SC the mall ni lah mak ada pengalaman ngeri..di tepi pinggan nasi grg mak tu,mak menjumpai rerembut dan bila dikomplain, depa hantar tukar pinggan saje. Sedeyyyyy!!!

azmi oyong said...

wow..boleh tahan jug ye bil makan kt Secret Recipe....