Pages

Wednesday, January 2, 2013

Pagi-Pagi Pi Rumah Api @Tanjung Tuan Port Dickson

Masa cuti baru-baru ini ke Port Dickson sempat singgah tengok rumah api di Tanjung Tuan.
Sudah pasti sebelum masuk ke kawasan ni bergambar kejap di hadapan tugu Tanjung Tuan.
Nak masuk tengok rumah api ni kena masuk dan lalui kawasan hutan rekreasi.
Masuk hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1 bagi pengunjung yang berumur 12 tahun ke atas.
Jauh juga perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit. Guess what, Tanjung Tuan di actually berada di kawasan negeri Melaka dan bukannya Negeri Sembilan.
Kalau penat boleh rehatkan diri kat pondok yang disediakan. Kalau tak silap kat dalam ni ada dua or tiga pondok.
Memang happy aja pagi-pagi Afiqah berjalan, maklumlah lepas tu nak pi naik kuda kat Teluk Kemang.
Pernah tengok tak ngan pokok meranti?
Tak sure pokok apa ni, macam pandan gergasi aja.
Make sure buang sampah dalam tong yang disediakan ya.
Setelah penat berjalan nampaklah rumah api.
Entahlah sebab apa saya letak gambar ni. Tengok aja le ya.
Kena naik tangga, entah berapa anak tangga ada, lebih 30 kot.
Sampai aja rumah api ditutup. Actually semasa melalui hutan tu ada pengunjung cakap memang tutup so kena guna jalan tepi-tepi.
So pi le untuk tengok laut.
Cantik gak rumah api ni.
Ni le keadaan laut yang diambil from area dekat dengan rumah api.
Entah apa Afiqah dan Danish tengah fikirkan.
Cantik gak gambar pemandangan pokok kelapa dan langit.
So nak tahu sejarah mengenai rumah api Tanjung Tuan, bacalah ya. So kalau nak jalan-jalan pi le ke Tanjung Tuan kalau melawat Port Dickson ya.

5 comments:

Kerja Part Time Malaysia said...

Salam..cantik tempat ni. Harap saya boleh p sini satu hari nanti...happy new year

✿INA AINAA✿ said...

seringgit je?? ishhh boleh pergi ni.. serius ena suka pergi tempat2 camni.. muak dah asyik keluar masuk mall je kalau nak g holiday...

Diari Maya said...

Wahh jenjalan sakan no... segar mata nengoknye...

Emy ilhamie said...

cantinya rumah api

Unknown said...

Ada 2 tempat penting lagi yg ramai orang tak
tahu dilaluan bawah rumah api ni ! Makam parameswara dan kesan tapak kaki hang tuah
diatas batu besar sewaktu berguru disini ! Nak
tengok ? Col sy: EN.mohd.yosdi,0176484946.