Pages

Sunday, January 27, 2013

Sate vs Tandoori Chicken Wrap @Airasia

Baru-baru ini masa naik Airasia buat pre-booking untuk makanan masa tempah tiket. Nak tengok jenis-jenis makanan boleh check kat hot meals. Yang bagusnya beli makanan masa tempah tiket adalah:
  • Kekadang makanan yang kita nak tak dijual dalam kapal terbang
  • Harga tempat semasa beli tiket lebih murah, 30%
  • Bila dah tempat dapat makanan awal daripada orang lain
Anyway yang ni saya fly solo sebab ada hal sikit. So from KL makan sate @RM12. Menu ni didatangkan dengan air mineral 100ml.
Sate ada lima cucuk ngan ketupat sikit. Kuahnya pekat juga tapi bila makan macam tak cukup aja kuah ni. Satenya memang panas dan garing juga. Ayamnya yang berempah menambahkan selera. Ni kiranya menu pagi le, kalau untuk lunch rasanya tak cukup le. Secara keseluruhan saya bagi rating 7.9 out of 10 untuk menu ni.
Bila balik ke KL pula saya ambil Tandoori chicken wrap yang berharga RM9.00. Hmmm, flight sepatutnya 11.00 lebih tapi delay lebih kurang 2 jam. Anyway saya tak ambil insurance kalau tak dapat le RM150. Kadarnya adalah RM150 bagi setiap 6 jam.
Berbaik pada chicken wrap ni ianya dua ketul. OK gak portionnya. Ayamnya boleh tahan rasanya tapi banyak le pula sayur. Sosnya sikit aja, kalau banyak mesti sedap sangat. Rating 7.5 out of 10.

Bagi pandangan saya, OK juga kalau kita book sekali makanan semasa tempah tiket. Harganya boleh dikatakan berpatutan.

3 comments:

Unknown said...

mkn dlm flight mmg sedap..huh..biasa klu lyeen balik sabah..mak aih..mknan umphhh sungguh..:D

mama tisya said...

mmg kalo perjalanan jauh nk order makanan better order siap2 online sbb pernah tgk org yg baru nk order dlm flight tp makanan tu tkde

juadah said...

Pernah order nasi lemak masa naik air asia 4-5 thn lepas. memang sedap la nasi lemak tu. kat bwh ni xjumpa lg rasa camtu