Pages

Saturday, January 19, 2013

Madu Memang Bagus

Tadi masa jalan-jalan kat Tesco Ampang, jumpa le satu stall kat bahagian luar Tesco ada jual madu. So apa lagi, memang tengah cari madu. Yang ni original punya. Kat luar kekadang diaorang cakap asli tapi sebenarnya tak original.

Macam-macam jenis madu asli ada sini yang tualang ada, yang kat poko gelam ada dan yang jenis makan bunga pun ada.
Selain madu, susu lebah ada, propolis,lebah pupa dan madu dalam sarang pun boleh cari kat sini. Anyway pengeluarnya adalah bee museum.
So ambil le satu botol 500gm berharga RM20 yang jenis pokok gelam. Ianya tak manis sangat. Ok gak yang ni according to salegirl, harga diskaun, kalau biasa diaorang jual RM38. Entahlah.

Sedikit petua mengenai madu:
  • Kalau nak makan madu jangan gunakan sudu besi tetapi guna yang plastik agar khasiatnya tak hilang.
  • Jangan makan ngan air panas melebihi 45C nanti vitamin dan zat dalam madu tu rosak.
  • Nak tahu yang original, masukkan kuning telur dalam madu pas tu telur tu akan jadi separuh masak.
  • Semut biasanya tak "kacau" madu melainkan semut hitam. So kalau kita letak sedikit madu kat luar, semut tak akan hurungi madu.
  • Jangan letak madu dalam fridge ya.
  • Selalulah ambil madu sesudu ke sehari, makan begitu sahaja.
So kawan-kawan, share le sedikit sebanyak pengalaman mengenai madu. Bukan madu yang isteri kedua ya!

3 comments:

Rabia Sensei said...

Ehem, ehem. Ayat yang last tu, bahaya tu.

eyla hamzah said...

Woo..madu nih slalu beli kt tesco,yg sesuai utk satu fmily..rege rm48 dpt rm45 kn..sgt bgus utk hilang batuk

Eyriqazz said...

hihihi.madu ni kalau makan dengan kebab, agak2 sedap tak bro?