Pages

Tuesday, January 29, 2013

Jom Naik Paddle Boat di Tasik Titiwangsa

Cuti-cuti boleh lepak-lepak di Tasik Titiwangsa bersama keluarga. Kat sini actually banyak benda boleh buat seperti naik paddle boat.
Ni le senarai harga bagi naik benda-benda kat tasik ni.
Memang ramai juga mengambil kesempatan bersama-sama keluarga untuk beriadah di sini.
Untuk satu paddle boat ni boleh muat dua dewasa dan dua kanak-kanak. Mula-mula saya ingat RM3 untuk seorang so bagilah RM12 untuk kami sekeluarga. Then dia cakap RM3 tu untuk satu boat so untuk setengah jam, RM3 aja. So kami ambil satu jam @RM6 bagi satu boat. Memang murah kan.
So Afiqah dan Danish kenalah dok kat belakang, biar mak dan bapa yang kayuh ya.
Relak dan bergembira ya menikmati pandangan di sini.
Kalau letih biarkan boat tu bergerak sendiri ya. Lagipun ada satu jam, lepak-lepak ya.
Jambatan ni mesti familiar bagi yang biasa pi Tasik Titiwangsa.
Bangunan apa ni kalau anda bijak.
Dan ini juga. Kebetulan setelah hampir sejam, hujan mulai turun so sempat le kami berlabuh. So kalau pi Tasik Titiwangsa jangan lupa naik paddle boat ya.

4 comments:

✿A I N A A✿ said...

ehekx, ena baru je lepas naik masa kat genting ahad lepas.. first time kot, penatnyaaaaaaaaaa... hukhuk...

Izzat Eshak said...

Kena try ni. Selalu tengok yang kat Shah Alam punya je =)

Amanda Suria said...

harus cuba ni..xpernah pi lagi...

MOHD SHAH REZAN said...

leh bawa anak2 pi sana..dulu masa bujang2 ada pi sana..time tu depa stop boat service nie..mesti seronok..