Pages

Wednesday, January 23, 2013

Jom Makan Nasi Padang di Restoran Seri Garuda Emas @Greenwood



Bagi yang tinggal di area Greenwood sudah tentu dah biasa dengan Restoran Seri Garuda Emas. Ianya restoran yang menyajikan masakan padang.Hari tu sharinginfoz dan wife pi sana setelah menghantar anak menghadiri kelas taekwondoo. Masih awal lagi lebih kurang kul 11.00++ pagi. Ni ikan talapia merah bakar. Boleh tahan juga rasanya, lebih kurang ikan percik le pula.


Sharinginfoz pula mencuba ayam kampung goreng, memang cukup garing. Anyway frust juga sebab masa pi tu tak ada pula sayur. 
Anyway restoran padang ni terletak di Lot 2345, Kampung Simpang Tiga, Jalan Greenwood, Selangor dan boleh call 016-6161197.
Restoran Seri Garuda Emas terletak di seberang jalan dan berhadapan dengan Ogy D' Greenwood. Actually nak cuba makan kat restoran Kak Ogy tapi cubaan kali kedua tidak berjaya memandangkan restoran Ogy belum buka lagi. Kali pertama disebabkan oleh tak dapat parking.
Anyway, di samping ikan dan ayam, kitaorang makan tempe ikan bilis. Pas tu air kitaorang minum air tembikai dengan teh o panas. Semua sekali RM19.50. Tak sure le mahal le tak untuk dua orang, maybe sedikit mahal kot.
Ni le antara masakan padang yang ada kat sini.
Ni lagi. Secara keseluruhan rasanya macam tak banyak lauk sangat. Bagi saya, makan nasi padang berhadapan Sogo lagi sedap.

Ni le harga makanan kat Restoran Seri Garuda Emas. Maybe ada yang biasa makan kat restoran di Kampung Baru.

5 comments:

Cik Kamoo said...

Tak pernah try lagi kat sini...boleh la pegi cari. nampak pun cam sedap je. thnks for sharing

nuyin2u said...

cam best je..boleh try ni..

hazman aka species1980 said...

hurmm.... lauk ikan talapia buat lunch memang menarik....boleh cuba nei

✿A I N A A✿ said...

tak pernah lagi makan kat sini.. makanan2nya pun nampak sgt temptinglah.... awwwwwww

Anonymous said...

rumah tak jauh dari sini..hari-hari lalu tapi tak pernah cuba pon.....harga mahal sangat....saya pernah cuba nasi padang kat area berdekatan restoren nie. jauh lebih murah sebab sini banyak restoren minang. soal rasa tue tengok tekak masing-masing....!!!!

banyak duit betul sharinginfoz ye sebab tak tau mahal ke tak dgn harga sri garuda emas nie...kerje ape???