Berita baik untuk pengguna LRT. Sekarang ni parkir kereta bertingkat sudah secara rasmi dibuka di stesen LRT Gombak. So senanglah untuk parking kereta then ambil LRT untuk ke tempat kerja or mana-mana yang ada perkhidmatan LRT.
Cantik betul bangunan ni.
Saya berpeluang untuk parking kereta kat sini semalam. Tapi of course ada yang tak berapa kena lagi, maklumlah masih baru. Cuba tengok lampu hijau kat atas kereta tu. By right, kalau kereta dah park mesti lampu tu bertukar warna merah. Hmmm, anyway signal ni memang bagus bagi memudahkan orang nak cari parking mana yang masih kosong.
Entahlah apasal saya letak lift ni. Saja aja, by the way, dah bangunan bertingkat-tingkat, takkan nak naik tangga kot.
Ni le sedikit sebanyak info mengenai parking di stesen LRT Gombak. Tempat parking yang boleh memuatkan 1,260 kereta. Banyak tu. Then ada CCTV dan juga ada parking khas untuk wanita. So tak perlu le rasa risau ya. Kalau tak silap ianya di bahagian bawah sekali. Parking ni beroperasi 24 jam sehari.
Ni bayaran yang dikenakan untuk parking. Ianya berbeza bagi pengguna LRT dan juga bukan pengguna LRT. So kalau anda pengguna LRT, kadarnya adalah RM4 sehari so dalam sebulan let say hari bekerja 22 hari so sebulan bayar RM88 le. Mahal gak kan?
Kalau bukan pengguna LRT kadarnya adalah RM3 sejam dan 1 jam berikutnya adalah RM1. So kalau parking selama 8 jam let say, manalah tahu kot-kot nak pergi ke Genting Highlands ambil bas, then jumlah bayaran adalah RM10. Itu untuk hari bekerja ya, kalau hari minggu murah le sikit.
Tapi nak parking kat kompleks bertingkat ni mesti guna kad rapidKL aja. Tak boleh nak bayar cash or touch N go ya.
Kad ni mula-mula kita kena bayar RM12 yang mana ada nilai sebanyak RM10. Then kalau nak tambah kenalah guna machine yang disediakan ya. Nak bayar kat kaunter tak bolehlah.
Masa tu saya ada daftar sekali kad rapidKL ni so dapatlah benda alah tempat letak alat tulis ni.
Satu aja komen saya, sepatutnya tak perlulah limit untuk guna kad rapidKL aja untuk parking, bagilah chance kepada mereka yang mempunyai touch N go. Memang saya tahu niat rapidKL nak suruh orang guna kad mereka aja.
4 comments:
dah siap dah eh...lama x turun sini..dulu nak pi genting selalu amik bas kat sini la....
Good review!
saya berhajat nk naik lrt dr stesen gombak tu..saya dr pahang..dr mana nak dapatkan kad rapid tu
suzy: boleh cuba tanya kat stesen LRT
Post a Comment