Pages

Sunday, March 24, 2013

Gerai The Red Warriors, Berhadapan Giant Batu Caves

 
Tengah hari tadi tengok rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) di TV3. Terpikat dengan satu gerai di berhadapan Giant, Batu Caves iaitu Gerai The Red Warriors (TRW) di Taman Samudera. So apa lagi, saya terus terjah ke sana.
Rupanya JJCM pi kat TRW di pada 21 Februari 2013 yang lepas. Actually gerai ni dah berapa kali saya perasan bila pi Giant tapi tak pernah pula singgah. 
Laksa dan laksam adalah antara makanan yang menjadi kegemaran di Kelantan. 
Hmmm, bihun ngan telur mata pun ada.
Apa agaknya dalam bungkusan ni. Sudah tentu nasi berlauk ayam.
Anyboday suka makan lompat tikam? Tak tahu le macam mana diaorang dapat nama makanan ni. 
Cekodok pisang pun ada.
 
Pisang goreng kalau makan selepas ianya dimasak memang sedap, maklumlah masih panas-panas kan.
Ini kat Kelantan diaorang panggil kaki ayam. Bukan diperbuat daripada kaki ayam ya tetapi ianya adalah ubi keledek yang dipotong halus dan digoreng dengan tepung.
Bagi kaki ayam ni, diaorang jual satu mangkuk RM1. Memang sedap dan ianya garing. Bagi pisang goreng pula, memang terbaik @RM1 untuk 3 keping.
Nasi berlauk ayam memang sedap ditambah pula dengan sambal lada, memang perfect. Alamak, tak tanya pula berapa harag nasi untuk satu bungkus ni.
Laksa ni memang terasa kepekatan kuah ikan, memang cukup sedap. Tak macam di sesetengah tempat yang mana kuahnya cair dan tak terasa sangat ikannya. Aa juga beli bihun tapi belum sempat nak rasa, anak dah makan habis, maknanya memang sedaplah.

So kalau nak rasa makan nasi berlauk ayam or laksam or laksa or pisang goreng or lompat tikam, apa kata singgah le di TRW Batu Caves ya. 

11 comments:

✿INA AINAA✿ said...

sedapnyaaa laksa tu... wahh nom nom nom

Unknown said...

teringin nak makan kat sini. td tgk jjcm, then google kuar blog awk...

nur said...

wah, sharinginfoz terpengaruh dgn tv ni ye.. hehe..

nur dari ALL IN ONE

Cik Lily Putih said...

itulah tenGok JJCM tadi.. nanti nak terjah gak la

hazman aka species1980 said...

kaki ayam tu macam french fries pun ada.....sedap la makan petang2x nie

Anonymous said...

Tgok jjcm then bila pg dah ttp. Sedeyhh !

JMR said...

wah TRW dh smpi Kl..:-p

el said...

Mmg sdp..tiap kali blik gombak..mesti beli nasik lemak dia..pergh!!beh!!

Anonymous said...

Kat mana gerai ni? Blh bagi detail jalan nk pegi sana. .saya dh pusing cari bnyk kali..tp x jumpe..

Sharinginfoz said...

anon: Kalau dapat cari Giant Batu Caves, jumpalah gerai ni sebab ianya terletak tak jauh dari pintu masuk. Sorry tak reti nak bagi direction, maybe kawan-kawan kat sini boleh tolong

Pn. Dyna said...

Dari KL ambil jalan dari Sentul ke batu caves kamudian jalan terus nampak Gerai Irfan Sup dan Kedai Hasmoh & Anak2 masuk Kanan.. terus lagi sampai nampak SK Taman Samudra. Terus lagi sampai nampak bangunan kedai Serbanika 99 masuk simpang kiri jalan sikit anda akan nampak Giant sebelah kiri dan TRW sebelah Kanan.. Selamat Menjamu Selera!