Then saya simpan wang hasil jualan emas KFH tersebut untuk sementara waktu di dalam "simpanan tetap" Bank Rakyat yang menawarkan pulangan sebanyak 4.11% setahun (0.1% ditambah kerana saya ahli Bank Rakyat).
Anyway berbalik kepada harga emas semasa, pada hari Jumaat lepas (8 Mac 2013) harga belian (kena tengok buy ya sebab harga ini bank akan beli daripada kita) telah turun kepada RM154.60 untuk satu gram. Maknanya kalau saya jual hari Jumaat yang lepas, saya akan rugi sebanyak RM13.84 or 8.12% untuk satu gram.
So so far saya telah membuat keputusan yang betul dengan menjual emas. Kalau saya beli kembali emas, saya masih untung sebanyak RM6.05 (RM168.44 - RM162.39) untuk satu gram. Maknanya kalau saya beli 10 gram, saya dapat emas 10 gram then lebihan wang sebanyak RM60.50.
Sebab tu sebelum ni saya cakap beli emas memang bagus tapi kena tengok jenis apa. Salah satu cara ialah tengok spread (perbezaan harga belian dan jualan). Bagi emas KFH, mengikut harga pada hari Jumaat lepas, spreadnya adalah hanya 4.8% berbanding dengan sesetengah emas yang mana melebihi 15%.
4 comments:
Oooo investment emas pon kene tahu cara la yea. Takde ler main beli je emas ni ye.....
http://hudamj.blogspot.com
Hurmm..mujur mak pun dah cash out saving emas tu pd kadar RM 170++..sebelum kejatuh emas ke aras RM150++ ni.
Mmg nangis tak berlagu la kalo 1gm susut smpi rm20.
btul tu.....rietta pown klu ada modal..teringin juga...sebab emas,harga dia sntiasa naik...
Assalam..
Ya la..harga emas makin turun sekarang ni..
Post a Comment