Anyway nak cerita sedikit mengenai Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia bagi tahun 2012 yang baharu sahaja dikeluarkan baru-baru ini. Memang banyak perkara yang ada dalam laporan ni.
Yang saya nak berkongsi adalah mengenai marginal propensity to consume iaitu dalam bahasa mudah ialah wang yang lebih kita dapat, berapa akan dibelanjakan. Ianya berbeza-beza bagi setiap kumpulan. Sebagai contoh bagi yang mempunyai pendapatan isi keluarga, RM0-RM1,000, jika dapat let say RM100, RM81 akan dibelanjakan tapi bagi mereka yang mempunyai pendapatan isi keluarga lebih RM10,000 sebulan, mereka hanya akan belana RM18, so yang selebihnya apa lagi simpanlah.
Sebab itu kita dapati orang yang berpendapatan rendah akan cenderung belanja lebih apabila menerima tambahan pendapatan tapi bagi mereka yang berpendapatan tinggi, akan menyimpan lebih tinggi.
Betul ke, apa kata kongsi le pengalaman ya, sebagai contoh kalau kita dapat bonus RM1,000, adakah kita akan belanja hampir kesemuanya or simpan hampir semuanya?
Dalam laporan tersebut juga ada buat perbandingan mengenai berapa % daripada pendapatan digunakan untuk simpanan. Lagi tinggi pendapatan lagi banyak peratusan simpanan. Ini adalah purata ya.
Bagi yang pendapatan isi rumah RM1,000 or below akan menyimpan lebih kurang 7% tapi yang mempunyai pendapatan lebih RM10,000, akan menyimpan hampir 25%. Betul ke atau tidak? Cuba-cubalah kita check diri kita sendiri ya.
7 comments:
Ada teringat sikit dalam kelas ekonomi dulu. Biasanya memang begitu. Golongan berpendapafan tinggi akan lebih banyak menyimpan kerana barang keperluan mereka sudah mencukupi.
memang betul bro.. sebab gaji yg kecik ni lg banyak kena byr.. gaji yg besar byk lebihan duit.. so boleh simpan banyak.. hehehe..bilalah gaji aku nak 10k sebulan ni
seronoknye kalau gaji 10k ye..
nur dari ALL IN ONE
maybe bila pangkat tinggi gaji tinggi, akan dapat banyak benefits & allowances jugak. fully maintained company car, petrol provided, bil tel, letrik & mcm mcm lagi company tanggung. Kdg kdg tambang percutian pun comp bagi, makan minum claim 'entertainment expenses'. Jd perbelanjaan pun kurang lah. Maybe...
kat mane ye boleh sy dptkan laporan ni? mcm menarik je.
Insam Biasa: kalau saya tgk kat blkg laporan tu, ianya boleh dibeli di bank negara
Betul la.. dapat bonus semua habis belanja bayar hutang.. bukan tak nak simpan tapi hutang dah lama tertunggak.. bonus tahunan cam penyelamat aka rm terpijak..
Post a Comment