Pages

Thursday, January 12, 2012

Jom Curi Duit

Jangan terkejut dengan tajuk entri saya pada kali ini "Jom Curi Duit". Inilah duit yang saya dapat curi beberapa hari yang lepas.

Actually saya dapat idea untuk berbuat demikian melalui sebuah buku bertajuk "Wang Tersembunyi, bagaimana menjana dan menjimat wang di luar jangkaan". Dalam buku ini banyak tip dan pengajaran yang kita boleh dapat terutamanya untuk penjimatan.

Entri dalam buku ini berkenaan dengan apa yang saya nak ikut ialah "curi daripada dompet anda". Sedikit ringkasan:
  • Anda perlu curi RM2.80 setiap hari dari dompet anda sendiri
  • Kemudian simpan di tempat yang selamat dan jauh daripada jangkauan tangan anda
  • Dalam setahun anda dapat kumpul RM1,020
Senang bukan, tapi apa yang saya nak buat ialah curi RM20 setiap minggu maybe pada setiap hari Sabtu saya akan berbuat demikian dan kita tengok nanti apa akan jadi dalam masa setahun. Tunggu ya.

22 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

saya nak try curi duit hubby lah. heheheheehehehe

eelobor said...

hehehe...nak selamat, bagi aku tlg simpan bro. memang tak terjangkau dari tangan bro....

amirah said...

best best..kitorng pun selalu guna cara ni..tp husben punya stail letak bersepah2 merata2..hehehe

relevan Sokmo said...

A'ah gua pun boleh tolong simpan juga..

Bo the Nerd said...

"Curi" tu kena simpan kat tempat yang susah nak access. Betul tak?

shidasyakirin said...

teknik yang menarik nie..sedikit2 lama-lama dapat selepuk duit..hehhee

daydeck86 said...

menarik gak nih

ejaMaria said...

hahaha... dah tau sorok dalam kotak kasut ye... nnt pencuri curi duit tu... haru je... ;p

lydzar said...

kenapa dia letak rm2.80 sehari ek?..kalau curi seringgit je boleh tak? hehe

JR said...

Gud idea bro..Saya nak cuba curi duit bini, tentu dia tak sedar sebab tahun ni dia terima kenaikan gaji yg agak banyak...hehehhe..

Tajuk terbaru entri di blog JR: "Perodua Keluarkan Model Baru 'Myvi Terbang'"

Mak Lagenda said...

Hehehe..x sangka plak apa yg mak buat selama ni mmg ada dlm buku yeh??

Mak buat setiap bulan...taim gaji tu, pi cucuk kat ATM lebih2 sket dr yg nak guna, then 'curi' arr rm 100-200, selit kat tempat simpanan lain..hehehe

hazman aka species1980 said...

Kalau simpan camni idea yang bagus tapi rasanya kalau buat potongan gaji better kot dalam akaun yang takde kad bank....

Ardini Humaira said...

waaaa ingat curi duit ape tadi hehehe

Liyana said...

baru dok fikir2 nk curi RM10 dari purse sendiri.. kekeke

Myvitrd said...

Terbaik idea ni bro.. macam boleh practikkan.. aku nak cuba juga ni.. hehehe

fiza said...

Ingatkan apa lah tadi. Saya pon nak buat mcm ni gak lah. Curi duit pastu simpan kat tempat lain ☺☺

Kalau menabubg sehari seringgit pon ok gak kan, tapi selalu lupa nak buat...huhuhu...

Noniey said...

idea yang menarik..ni saya tengah usaha nak buat 'curi' duit masuk ke TH ac plak..senang xda pakai card guna buku jer..

iza said...

Assalam..
Dah lama saya buat kerja kotor ni..Tapi saya curi dari wallet hubby..
Dan dah lama juga dia tau saya mencuri...
last2, dia yang nak pinjam pulak..adehh..

shera haifa said...

curi kene simpan dan pastikan jangan amik dh.. hehe

Wira Chomel said...

menarik teknik nie..nanti nk try la...

Wira Chomel recently posted Cinta Itu Indah, Andai Dibajai Zikrullah

rasp said...

curi nie curi yg halal kannn...

Sharinginfoz said...

amirah, mak lagenda, iza: maybe idea tu dipinjam from you all kot

bo the nerd: bijak sekali

lydzar: apa-apa amaun pun ok, maybe sebab RM2.80 tu nak cukupkan RM1,000