Salam dan selamat tengah hari semua. By the way, sekarang ini saya menggunakan kereta Persona hampir 3 tahun setengah. Masa pi service, diaorang cakap yang tayar kereta kena tukar, so diaorang suggest tayar Goodyear Assurance @RM240 sebiji. By the way, sekarang ini guna tayar Continental CC1, so far rasanya OK aja.
Then pi survey adalah tengok tayar Continental CC5, harga between RM230 and RM250. Ada gak tengok tayar Goodyear Eagle, NCT5, harga between RM230 and RM250. Ada le beberapa kedai yang saya survey.
Sekarang ini tak tahu nak ambil yang mana satu tapi macam nak aja tangkap Continental CC5. Pernah gak baca dalam internet yang tayar Continental CC5 ni bagus juga, senyap dan menjimatkan minyak tetapi bila memandu dalam keadaan laju, susah untuk mengawal especially semasa cornering. NCT5 pula bising.
So saya nak minta pendapat, rasa-rasanya yang mana satu lebih baik or boleh recommend tayar jenama lain ke. Budget adalah RM200-RM250 sebiji. Thanks.

8 comments:
tak reti lak..tp kami guna continental rasanya
lagi satu, bleh kongsi awak survey area mn ye? sebab saya rasa area sri kembgn ni xspseli equinne park, mhl la...
Sy sebenarnya kerja di Goodyear..maka sememangnya saya pernah guna tayar Assurance, NCT5 dan pernah juga guna Continental CC5.
NCT5 mmg sedikit bising kerana ianya mmg design lama. Assurance adalah model terbaru yg lebih baik dari NCT5. Utk lebih jimat minyak, boleh guna Assurance Fuel Max..ada review ttgnya dlm Majalah AutoCar Malaysia Jan 2012.
Continental CC5 agak senyap tapi aquaplaning (gelinciran sewaktu basah) lebih teruk dari Assurance/NCT5
:)
PATOTLER...SY GUNA NCT5..MMG BISING PUN...
rim berapa inci bro utk harga tu?
mcm mahal je harga 200+.
aku rase boleh dpt dlm 180 je.
try survey kat area jalan gombak.
dear all: thanks for sharing
anna: saya survey kat area wangsa maju, ada juga satu tempat goodyear tu cakap harga kat RM300, memang mengarut le untuk cc5
eelobor: standard punya, kalau tak silap 16 inci
saya pakai honda city i-vtec,dah nak kena tukar tayar,apa kelebihan tayar jenama 'uniroyal' dan rim saiz berapa yang sesuai utk city i-vtec ni.
Post a Comment