Pages

Wednesday, January 4, 2012

Tip Kewangan @Golongan Muda

Hari ini saya nak share mengenai tip kewangan untuk golongan muda yang saya peroleh daripada majalah Ringgit keluaran Oktober 2011:
  • Menyimpan 1/3 daripada pendapatan anda
    • Memang sukar tetapi tidak mustahil terutamanya bagi yang baru sahaja bekerja dan tidak banyak tanggungan. Perlu nekad dan letakkan objektif ini dalam hati kita. Simpanan sangat penting especially untuk berhadapan dengan tempoh-tempoh sukar di dalam kehidupan tidak kiralah apa jua.

  • Laburkan wang untuk tingkatkan kerjaya
    • Pendidikan sangat penting dan ianya adalah proses berterusan dalam kehidupan kita. Di samping, pendidikan di peringkat ijazah sarjana, kursus-kursus kemahiran juga sangat penting bagi meningkatkan potensi dan keyakinan diri.

  • Melangsaikan pinjaman pelajaran lebih awal
    • Sekarang ini kebanyakan daripada kita mengambil pinjaman bagi melanjutkan pelajaran. Caj kadar faedah / kos pentadbiran dikenakan pada jumlah loan yang diambil. Lagi cepat kita selesaikan maka kuranglah kos ini. Cubalah sebaik yang mungkin untuk menyelesaikan pinjaman.

  • Kalau ada wang lebih melaburlah
    • Memang kalau kita tak mulakan, maka susahlah so apa lagi mulalah dengan jumlah yang sedikit dahulu. Tak perlu tunggu gaji tinggi baru nak melabur. Kalau susah, maybe boleh mulakan dengan 2% daripada gaji dan naikkan kepada 4% dan maybe akhirnya 10% atau apa-apa amaun yang lebih tinggi.
Selamat mencuba. Maybe sesiapa yang ada pengalaman, boleh share ya, i.e. menggunakan teknik simpanan secara paksa dengan membuat potongan terus so tak nampaklah sangat.

8 comments:

amirah said...

main kutu dengan kawan2 memang simpanan 'paksaan' sebab nnt malu tk bayor..huhu..tp tkde tambahan la

Bo the Nerd said...

Thanks bro for info. Selalunya aku withdraw & save 15% dari gaji masuk kat akaun yg ssh nak access, lps tu pakai apa yg lebih. Anggap duit 15% tu tak wujud.
Education tu aku pun agree, mmg penting utk maju.

hazman aka species1980 said...

kalau dah bekerja....simpanan melalui potongan gaji memang lebih efektif....

velasrizal said...

alamak pinjaman ptptn xbyr lagi

mamaNoriz said...

kena tambah bang Nik...

jgn berhutang...hehehe, especially tamabh had kad kredit...huhu, naya!

eelobor said...

setuju dengan tambahan .... "jangan tambah hutang"

syam said...

tula, kena ade perancangan dgn displin yg tinggi..tpi bile ade duit dpn mato, aduyai mcm nk mengabiskan nya..haha..

JMR said...

tips yang bagus bro..