Baru-baru ini semasa pi ke Genting Highlands, sempat singgah di Marrybrown. Kami makan beberapa jenis set makanan kat sana dan kat sini saya nak kongsi 2 set yang saya rasa patut dicuba oleh mereka yang datang ke theme park Genting Highlands.
Yang pertama ialah "chick-a-licious" at RM15.90. Ada dua ketul ayam, kentang goreng, salad sayur-sayuran dan saya pilih sos cendawan. Actually, kita boleh juga pilih sos black pepper. Ayamnya yang garing dan boleh dikatakan lembut, sungguh menambah selera terutamanya dengan cuaca yang sejuk. Memang pilihan tepat dengan memilih sos cendawan, sungguh enak. Ianya didatangkan bersama dengan soft drink. Rating saya bagi 8.3 out of 10.
Yang ni pula adalah nasi ayam Marrybrown. Memang sedap, especially nasinya dan juga ayam yang dikerat kecil-kecil. Acar pun tak kurang hebatnya dengan rasa masam-masam. Harganya adalah RM14.50 dengan soft drink dan papadum. Rating saya bagi 7.9 out of 10.
7 comments:
Tak pernah lagi try marrybrown. Maybe lepas ni boleh try. HEHEHEH
memang sedap pun..ada byk gak pilihan..selalu jugakla makan
betul tu.....
marrybrown pun best..
mas kalau jemu kfc..
mesti pilih marrybrown lak..
terbaik laaaa nampak!! lapar laa pulok!
Marry brown nie kalau amik yang set okey kot..ayam dia biasa je...dan lagi satu masih lagi tak banyak cawangan
Betul tu. Kaktee pon dah rasa nasi ayam mb tu, memang sedap! Tp betul la tak byk cawangannya kan?
bang Nik tahu tak yg ahli jusco leh dpt diskaun klu makan di marrybrown ni?
masa byr bil tu, tunjuk j-card then dia akan tolak 10% diskaun, hehe...
jgn lupa!
Post a Comment