Saya tak nak komen dalam entri ini mengenai halal dan haram cuma diharap pihak yang berkewajipan dapat memberi penjelasan lebih lanjut terutamanya mereka yang mempunyai kelayakan shariah agar perkara ini tidak menjadi masalah di masa akan datang. Bagi kita yang beragama Islam, halal dan haram adalah sangat penting dan bukannya keuntungan semata-mata.
Saya just nak bagi sedikit rumusan mengenai ciri-ciri Skim Amanah Rakyat SARA 1 Malaysia:
- Ianya bagi mereka yang berpendapatan sekeluarga kurang daripada RM3,000 sebulan
- Bagi yang ingin menyertai boleh menggunakan duit simpanan atau membuat pinjaman sebanyak RM5,000
- Program ini adalah untuk tempoh 5 tahun
- Bagi yang guna duit sendiri, dividen akan diberi sebanyak RM134 sebulan or dalam tempoh 5 tahun akan dapat RM8,040 (RM134 X 12 X 5) tapi kalau tak ambil dividen dalam tempoh 5 tahun akan dapat RM13,000. By the way, kalau yang ambil bulan-bulan RM134, tak sure modal RM5,000 akan dapat balik ke tak?
- Tapi bagi yang buat pinjaman, bulanan akan dapat RM50 sahaja sebab RM84 akan digunakan untuk bayar balik pinjaman.
- Kalau yang buat pinjaman tu pastikan pinjaman tersebut berlandaskan shariah
- Kedua, kena tahu kat mana pelaburan tersebut dibuat. Kalau ianya dalam tempat-tempat yang berlandaskan Islam, baguslah tapi kalau dalam for example saham-saham yang melibatkan riba atau yang tidak dibenarkan oleh Islam, faham-faham ajalah
- Dalam pelaburan, salah satu ciri ialah mengambil risiko, so kalau menjanjikan keuntungan di awal pelaburan ianya personally bagi saya tak berapa berminat. Kalau kita fix kadar keuntungan tak apa contohnya, 50% untuk pelabur dan 50% untuk yang melaburkan duit kita
- Macam yang saya cakap tadi, keuntungan yang banyak bukannya menjadi perkara utama tetapi yang penting ianya berlandaskan shariah.
[(RM13,000/RM5,000) - 1] X 100 dan jawapannya bahagi dengan 5 = [(2.6-1) X 100] / 5 = 160/5= 32%
14 comments:
byk btl by the way dlm entri ni.haha.by the way thanks bg info yg berguna ni.^_^
Dengar kata, belum ada chop Shariah Compliance,,,
Maybe government patut explain dekat mana nak invest patuh syariah ke tak?
SARA 1Malaysia tawar 32.16 peratus pulangan
Uiks,,er?..
Sebelum melabur kita pastikan:
1. harta kita dari sumber halal.
2. akad / kontrak pelaburan tidak bercanggah syarak. Tiada unsur riba, gharar, judi.
3. Kemudian baru lihat ke mana dana itu dilaburkan.
Benda ini perkara serius. Harap skim ini daat disemak semula. Malaysia ada ramai pakar kewangan Islam. Rugi kalau tak guna khidmat mereka.
thanks info..hermm..lama xbaca suratkabor
Salam,
Saya ingin memohon kebenaran utk exchange link bersama blog sdr. Blog saya ialah blog tentang f&b di Kedah di http://sbarakbah.blogspot.com
Link ke blog sdr sudah pun di update di blog saya.
Wassalam
yeapp....blogger aidid mu'addib pun ade bincangkan pasal perkara nie
Baru perasan tadi....
Terima kasih buat link ke blog saya.
Apa pun tulisan itu adalah analisis setakat maklumat yang ada.
Jaminan untung tetap menghasilkan riba yang akan mendatangkan dosa besar.
Skim ini bertujuan baik, tapi harapnya boleh diperbaiki.
Harap ada pihak yang tampil memberi penjelasan nanti.
Tapi aku rasa, bila dah terbuka untuk kaum yg berlainan agama.. maybe skim ini bukan syariah lagi...
mm..rasa terbuka untuk semua tak ada masalah. Asalkan syariah compliance.
Dana unit trust yang syariah pun banyak juga dilanggan oleh non muslim. Malah ada juga syarikat non muslim yang pelaburannya adalah syariah compliance.
nice info... susah jgk nk komen pasal hukum ni.. serahkan pd yg pakar...
tengok mufti kata apa benda nih..
jangan main redah invest, tak ketahuan halal haramnya...merana diri di hari kemudian...
- www.faridadam.com -
Post a Comment