Pages

Sunday, January 15, 2012

Betul ke Piring Astro Mengadap Kiblat?

Maybe perkara ini sudah banyak dibincangkan dalam internet tetapi saya just nak tulis mengenai satu perkara iaitu, betul ke piring Astro tu mengadap kiblat. Perkara ini diberitahu oleh my biras.

Entahlah, bagi saya macam tak logik aja. Tapi adakah ianya satu kebetulan kalau benda ini sahih, mungkin signal untuk mendapat siaran lebih kuat jika ianya mengadap kiblat. Apa-apa pun, tak perlulah kita menggunakan cara ini bagi menetahui arah kiblat, arah kita mengerjakan solat.

Apa kata lepas ni, perhatikan betul-betul arah piring Astro di sekitar kawasan perumahan kita. Adakah ianya sama aja ataupun ada juga piring tersebut diletakkan di arah yang berbeza-beza. Fikir-fikirkan lah ya.

Anyway boleh baca entri di blog zikrihusaini mengenai "cara untuk mencari arah kiblat sembahyang tanpa menggunakan kompas dan ketika darurat".

10 comments:

Myvitrd said...

Pernah dengar pasal ni bro.. Tp takpernh pulak akh check piring astro aku sbb piring tu asas bumbung.. He2

Iza said...

Assalam...
Masa ke N9 dulu, memang bermasalah nak solat, nak tanya tuah empunya apartment, dia India, sampai pulak lewat malam..
Tiba2 terfikir pula tentang piring ASTRO ni namun dalam hati tetap niat menghadap arah kiblat...

Azlina said...

baru dgr ni..nnt nak check ar kot2 betol

eelobor said...

tak tahu lah kalau kat rumah orang lain ngadap arah kiblat, tapi piring kat umah aku, memang tak ngadap langsung la bro....

Financial Guide said...

Apa la korang ni...piring tu mengadap satelit Measat la weh.

amirah said...

taktaula betul ke tidak..tapi rasanya tak kut..tp kebetulan astro rumah kami, rumah mak mentua dan rumah mak kat kg semuanya menghadap kiblat..

Geng Borak said...

tak semua piring tu mengadap jatuhnya matahari.. =)

cikpuanhady said...

hihihi..biasa dgr juga, tapi belum mengkaji lagi..

Insan Biasa said...

tak pernah dgr... kat sini mengadap jgk tp x tepat laa

Web Design said...

Tak betul itu,

Semua pinggan yang mengguna LNB mengikut arah satelit yang diguna,bergantung koordinat satelit.Bila di wilayah Malaysia (umumnya memiliki kordinat yang sama dengan arah kiblat) tapi tidak bagi wilayah lainya seperti India dan Indonesia (Astro Indonesia sudah off).