Pages

Saturday, May 5, 2012

Hati-Hati Apabila Kereta Dilanggar dari Belakang

Semalam lebih kurang kul 10.30 malam saya menaiki kereta melalui Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur berhadapan dengan KFC. Tiba-tiba kereta dilanggar dari belakang, dua kali. So berhentilah tepi jalan. Ianya tak teruk cuma tercalar sedikit dan nombor plat kereta retak sikit. Anyway dia guna kereta Myvi putih.

So keluarlah pemandu tu, sorang diri. So citer puya citer dia cakap salah dia, of course le tak brek. Malas le nak bising so settle begitu sahaja. Dia cakap benda tu tak mahal pun then bagi kad dia. Dia ada tempat baiki kereta.

Malas nak panjangkan sebab takut gak manalah tahu kot-kot sengaja langgar pas tu baiki tempat dia then macam-macam le citer pas tu. Anyway kira tak nasib baik le. So hati-hati ya, maybe ada orang sengaja langgar kereta. Sebelum ini kan ada kes langgar dari belakang dan terus larikan kereta kita. Maybe juga memang dia tak sengaja.

So tanya dia berapa dia nak bayar, dia bagi le RMXX. Ambil ajalah, bukan nakkan duit tu sangat sebab sikit aja, kalau argue banyak-banyak kan jadi benda lain pula. Lagipun ada anak dalam kereta. Make sure matikan enjin ya sebab kot-kot masa layan dia tengok kesan calar ke, tiba-tiba jadi benda lain pula, i.e. larikan kereta tanpa pengetahuan kita oleh orang lain kereta belakang ke. Apa-apa ke.

5 comments:

icee-yah said...

Betul tu.kdg kdg lepas accidnt tow man terus dtg,mcm da dirncg je..

eelobor said...

salah satu taktik yang paling popular masa kini tuh bro.... hati2. utamakan keselamatan keluarga terlebih dahulu

Diari Maya said...

Mmm mcm2 hal benda yg kita takleh jangka terjadi kan! Harap2 kita sume tak jd mangsa buli di jlnraya.

Myvitrd said...

kalau kes kemalangan langgar belakang di ditengah malam memang bahaya bro.. takut dia orang nak merompak atau mencolek.. tapi kalau siang2 n ramai pengguna jalan raya mungkin silap dialahkan.. apa pun setuju apa yang bro cakap tu.. kena hati2 selalu

Zeaf I-sahus said...

adess~ bahaya gak kalau cmni..