Pages

Thursday, May 31, 2012

Garam daripada Air Mata Manusia

Memang pelik betul sekarang ni. Sekarang ni ada orang jual garam yang mana sumbernya bukan daripada air laut tetapi air mata manusia. Begitulah article from The Star. Pilihlah nak garam tu daripada air mata @sedih @marah @gembira dan macam-macam lagi.

Ianya dijual kat UK dengan harga GBP7 (RM35). Nak tahu macam mana diaorang buat garam @air mata ni? Air mata tersebut direbus then dimasukkan ke dalam tangki pengkristalan. Akhirnya ianay "dituai" dengan tangan then dibilas dengan air garam. Pelik betul.

Wednesday, May 30, 2012

50,000 Tiket Water Park @Gambang Percuma

 
50,000 tiket water park @Gambang percuma untuk pembaca setia Harian Metro. Tarikh penebusan adalah di antara 9-10 Jun 2012 dan juga 16-17 Jun 2012 di beberapa negeri.

Mudah aja, just kumpul 7 kepala akhbar bagi memperoleh 2 tiket ke taman tema air @Gambang. So apa lagi jom beli Harian Metro kalau nak pi ke Gambang ya.

Tuesday, May 29, 2012

Apa Dah Jadi dengan Blog Eyriqazz?

Apa dah jadi dengan blog eyriqazz? Ada virus ke bro? Citer sikit.

Jom Melawat Istana Negara (16 April-15 Jun 2012)

Sekarang ni ada pameran kat Istana Negara. Ianya dibuka untuk orang awam. So jangan lepaskan peluang terutamanya masa cuti sekolah ni.
 
Ianya telah dibuka from 16 April 2012 to 15 Jun 2012. So kalau nak melawat boleh datang kul 9.00 pagi dan ianya ditutup kul 5.00 petang.

Jangan lupa "like" facebook Istana Negara ya. Kat situ ada kaunter sebelum masuk kat pameran tu. Tapi yang peliknya kalau tak silap masa tu "liked" Muzium Negara.

Kalau nasib baik dapatlah cabutan bertuah. Sebagai contoh dapat tabung.
 
Kalau tak dapat cabutan bertuah, buku mengenai Yang di-Pertuan Agong diberi kepada semua.
 
Anyway masuk ke pameran ni percuma aja tapi kalau nak bawa masuk kamera kenalah bayar RM3.00 dan untuk video kamera adalah RM5 or RM10.
 
Tak sangka dapat resit bayaran 7777.

Ini adalah antara hadiah untuk lucky draw selain daripada tabung.

Ini adalah cop mohor. Besar juga.

Afiqah dan Danish sempat bergambar di hadapan singgahsana ni.

Tak sure untuk apa keris ni digunakan.

Ni le pakaian tentera Agong.

Sambil-sambil melihat pameran, bolehlah juga dengar penerangan mengenai barang yang dipamerkan.

Monday, May 28, 2012

Siapa Yang Berjaya Membida Plat Kenderaan WWW?

Sebelum ni nak tahu siapa sebenarnya dapat nombor plat kenderaan WWW yang telah dibida. Anyway terjumpa maklumat mengenai plat WWW di blog rabiasensei

Memang mahal betul kan? Just imagine RM520,000 untuk dapatkan satu nombor yang diidamkan, WWW1 dapat kepada DYMM Sultan Johor. Bagi WWW5 pula dapat kat DYMM Agong dengan harga RM220,000.

Bagi nombor lain WWW3 oleh One Power International Sdn Bhd dengan harga RM360,000. Bagi WWW9 oleh Aspen Sunrise Sdn Bhd dengan harga RM350,000. Agak-agak syarikat siapa le yang sanggup bayar dengan harga ni kan.

Suka Betul Afiqah Dapat Telekung Sembahyang Kanak-Kanak

Hari tu cari kain telekung kanak-kanak untuk Afiqah. Cari punya cari jumpa le kat Pasar Tani. Memang suka betul Afiqah masa jumpa telekung kanak-kanak ni. Ada dua warna, purple dan orange. Pilih punya pilih dia suka yang colour purple ni. Anyway yang ni memang free size. Untuk kanak-kanak bawah 10 tahun boleh le kot.
 
Semakin rajin menunaikan solat. Anyway yang lama dah singkat. Bila dah dapat satu, nak satu lagi. Tunggu ya Afiqah. Memang sesuai telekung kanak-kanak ni ngan Afiqah tambah lagi corak yang menarik. Yang ni actually bukan corak yang timbul tapi ianya dicetak atas kain putih.
 
Ianya didatangkan dengan beg kain ni. Memang sesuai le kalau nak bawa ke mana-mana. Harga yang diaorang letak ialah RM40, selepas sesi tawar-menawar dapatlah RM35. Ada orang cakap kat Chow Kit dapat lagi murah maybe bawah RM30 tapi takkan le semata-mata dan cari telekung kanak-kanak ni nak pi sana kan.

Sunday, May 27, 2012

Blog Makanan Yang Best

Pernah tak mengalami situasi yang mana tak tahu nak pi makan kat mana. Rasanya dah tak ada idea langsung apabila ianya melibatkan makan kat luar. So sekarang ni jangan risau, ada satu blog yang saya rasa bagus. Kat situ macam-macam tempat, macam-macam jenis makanan dan merata-rata tempat ada.

Tak lain tak bukan blog kucingorengemok. Tak sure apasal owner blog ni pilih, maybe disebabkan namanya yang unik dan menggambarkan makanan yang sedap.
 
Yang ni kat Restoran Tarbush. Tengok aja dah terasa nak makan. Mesti sedap ni, dah lama betul tak makan lamb.
 
Yang ni pula Restoran Mohd Chan di Bangi.  Sekali sekala makan masakan Chinese sedap juga. Hmmmm, butter prawn ni ala-ala Chinese ke? Entahlah, melasah ajalah.

Ini pula kopitiam di Kelantan, White House. Entahlah bagi saya tak berapa suka sangat makan kat tempat-tempat macam ni.
 
Bagi penggemar ikan bakar, sudah tentu biasa dengan tempat ni. Guess what? Memang betul kat HM Sri Bagan. Personally memang saya suka masakan kat sini dengan pula tempat yang cantik. Harganya berpatutanle juga.
 
Pernah tak cuba macaron? Alamak saya tak pernah lagi le cuba benda alah ni. Bila le nak cuba. Yang ni kat G City Club Hotel, Ampang.

Singgah le ya kat blog makanan kucingorengemok.

Pencarian Pavlova Berakhir di Alexis Gardens

Sebelum ni ada cari pavlova, alah benda alah yang Scha makan tu. Awal selalu beli pavlova untuk Scha. Anyway jumpa benda alah ni kat alexis. Scha selalu makan pavlova yang kat alexis Bangsar.

Kitaorang beli pavlova ni kat Alexis Gardens. By the way, beli satu slice siap bagi paper bag sekali. Macam le beli sebiji kan.

Inilah rupanya pavlova. Cari kat internet, ramai yang cakap pavlova yang kat alexis ni the best. Pasal halal tu, ada tanya juga ngan orang jual kat sana, diaorang cakap OK kecuali tiramisu.
Satu slice ni harganya RM15.00, kalau campur ngan tax so RM15.90 le ya.
Pavlova ni ada 3 bahagian, buah-buahan i.e. strawberi dan blueberry, yang kedua ialah krim, apa benda le, alah yang putih-putih tu, kalau tak silap buat dengan putih telur kot. Lastly, bahagian yang ketiga ialah benda alah kat bawah dan tepi tu, macam mashmellow (hantam aja le ejanya). Benda alah pavlova ni kalau beli kena makan terus kalau tak cair kot.
Suka gak Afiqah makan pavlova ni, memang sedap gak. Saya bagi rating 8.4 out of 10 le. 

Kitaorang makan pavlova ni kat Baskin Robbins Gardens, sambil-sambil makan banana split. Maybe lain kali boleh pi beli lagi pavlova ni. Saja nak try kan, sebab sebelum ni tengok apasal le Scha suka sangat ngan pavlova yang dibeli oleh Awal ni.

Saturday, May 26, 2012

Tempat-Tempat Menarik di Langkawi

Sekarang ni dah masuk cuti sekolah. Mesti ramai yang tengah berkira-kira kat mana nak bawa anak-anak. Apa kata kita pi ke Langkawi. Tapi of course nak pi ke Langkawi dan berjalan-jalan ke merata tempat menarik perlu perancangan yang teliti. Tak bolehlah cakap, jom kita pi ke Langkawi esok, melainkan sesetengah keluarga bolehlah buat macam tu kan, ianya perlu perbelanjaan yang agak besar kan?

Kat sini saya nak saya mengenai tempat-tempat yang menarik boleh dilawati jika berkesempatan ke Langkawi. Tak payah le saya bercerita panjang ya. Apa kata klik aja peta ni then tengok le ya. Kalau tak pun boleh baca kat blog kelanafana mengenai "tempat menarik di Langkawi - 2 hari pusing pulau".

Kat blog ohdestinasiku bertajuk "tempat-tempat menarik di Langkawi", banyak tempat boleh dilawati antaranya:
  • Tasik Dayang Bunting Langkawi
  • Kuah (tempat shopping) Langkawi
  • Makan Mahsuri Langkawi
  • Underwater World Langkawi
  • Taman Buaya Langkawi
Maybe kepada yang pernah pergi ke Langkawi bersama-sama keluarga or kawan-kawan, jom share le tempat-tempat menarik di Langkawi.

Update: Jom tengok berapa kos bercuti di Langkawi.

Bagi yang nak bercuti, apa kata cuba-cuba le check di Agoda untuk mendapat sedikit idea mengenai tempat penginapan yang menarik dan berpatutan.  

Friday, May 25, 2012

Memang Sedap Ayam Penyet Wong Solo @Taman Dagang Ampang

Hari tu pi makan nasi ayam penyek kat Restoran Wong Solo yang bertempat di Taman Dagang Ampang. Tekan aja GPS Garmin search for Wong Solo then tunjuk le lokasi tersebut.

Memang cukup menarik keadaan dalam restoran ni tapi bahagian tepi yang boleh do bersila dah penuh so kenalah dok atas kerusi ya.
 
Ni menu set. Pilihlah yang mana berkenan di hati, ayam penyet ke, ayam goreng ke, ikan keli aka lele penyet or apa-apa le. By the way, set ni didatangkan dengan lauk, nasi, tempe, ulam, tahu goreng dan air mineral.
 
Kalau tak nak yang set boleh pilih yang ni. Tapi mahal sikit le, nasi aja dah RM2.50.
 
Nak minum air, pilihlah ya.
Sayur pun ada. Selain dari kat Taman Dagang Ampang, ada lagi cawangan lain.
 
Ni set ayam penyet. Boleh tahan gak, of course pedas gak. Ayam memang garing dan rempahnya just nice. Ditambah pula dengan timun dan benda alah tahu goreng ni memang perfect. Anyboday suka terung? Secara keseluruhan memang sedap. Hmmmmm, rating nak bagi berapa ya, 8.3 out of 10.

Tak nak goreng, ayam bakar pun ada. Yang ni kurang pedas, in fact tak pedas pun. Sedap juga tapi still prefer yang goreng, saya bagi 8.2 le.

 Sos ada dua, lada dan kicap.

 Ni le air mineral yang saya maksudkan tadi.

Ni air kelapa @RM5.50. Biasa-biasa aja. Bolehlah cuba ya.

Gado-gado @RM9.50 memang lagi biasa, sosnya tak berapa sangat le, memang terasa sangat ngan serai tapi bolehlah kalau nak cuba. Rating, hmmmmm, saya bagi 7.0 le. Kalau nak cuba masakan Indonesia, ayam penyek memang saya syorkan Wong Solo ni. Blogger yang famous, eyriqazz pun pernah singgah sini.

Thursday, May 24, 2012

Hadiah Hari Guru

Hari Guru dah lepas tapi I am sure banyak sekolah yang membuat sambutan pada minggu ini. Memang jasa guru sangat besar selain daripada ibu-bapa kita. Just imagine guru bukan sekadar mengajar ilmu pelajaran yang diamanahkan tetapi juga akhlak anak murid.

Memang bukan mudah untuk menjadi seorang guru walaupun sesetengah daripada kita rasa ianya mudah sebab kerja hanya setengah hari tapi ketahuilah ianya lebih daripada itu.

Terima kasih guru kerana mendidik kami semua dan sekarang bila dah ada anak baru kita tahu macam mana perasaan ibu-bapa apabila melihat anak membesar. 

Hadiah yang diberi tidak seberapa. Semoga guru tabah menghadapi segala cubaan bagi mendidik anak bangsa untuk kejayaan.

Wednesday, May 23, 2012

Esso Kini Dikenali Sebagai Petron

Kalau perasan kat stesen minyak Esso sekarang ni dalam proses pengubahsuaian untuk penukaran jenama kepada Petron. So selepas ini semua stesen minyak Esso dah tiada. Di samping itu, kalau kita isi minyak RM40 dapatlah tisu kotak saiz kecil.
Ada gak pelbagai promosi sekarang ni termasuk boleh gunakan mata ganjaran yang kita kumpul untuk tukar ngan payung. So 500 mata bolehlah sekaki payung. So apa lagi, jom pi stesen minyak Petron.