Pages

Friday, August 19, 2011

Tony Fernandes Mengambil Alih Kelab Perdana Inggeris QPR

Mengikut BBC, Tony Fernandes mengambil alih kelab bola sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) dengan setelah memiliki 66% saham dalam kelab ini. Di harap dengan memiliki kelab QPR ini membolehkan Malaysia meningkatkan mutu sukan bola sepak kita.

Mana tahu kot-kot, ada pemain Malaysia nanti akan bermain di Liga Perdana Inggeris suatu hari nanti. Nak juga tengok Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim ataupun Aidil Zafuan bermain di luar negara dan membawa nama Malaysia.

Apa-apa pun tahniah kepada Tony Fernandes walaupun sebelum ini kita tahu yang beliau sangat minat dengan kelab West Ham tetapi tidak kesampaian untuk memilikinya. Tony Fernandes yang memiliki Air Asia dan juga Team Lotus, dilaporkan oleh Guradian telah membayar sebanyak GBP35 juta (RM175 juta) untuk pegangan 66% ini. Di samping itu beliau dijangka membelanjakan GBP10 juta (RM50 juta) lagi untuk membawa masuk pemain baru. Agak-agaknya, siapa yang akan dibeli untuk menguatkan skuad QPR?

8 comments:

eelobor said...

kelab2 dalam liga MSL aper kelasss...

amry said...

aku bola ni memang tak tahu..tapi respek ar kat tony ni..otak biz no 1!

Jol Karim said...

huhu, dah ade peluang ni. bawak jek masuk 2 3 orang pemain MALAYSIA main dalam squad kedua QPR ek.

hazman aka species1980 said...

secara tak langsung dapat kembangkan branding image company malaysia di eropah....kalau boleh biar skuad malaysia dan skuad olimpik training kat sana jee

Geng Borak said...

bagus laa.. orang kaya pandai bisnes nih...

*∽ IZAN ∽* said...

caya la Tony!

Zura Tahir said...

wow..bagus percaturan dia..

juanita said...

Pernah join 1 talk pasal tony fernandes ney. Sejarah dia ambil alih airasia. Masa tu air asia da nak lingkup. Dek kerana kehebaTan & kreatif, cara dia pk macam Dr Mahathir. Sbb tu air asia ley pergi sejauh nie