Pages

Sunday, August 28, 2011

Selamat Sampai from Kuala Lumpur to Kelantan @Ahad 28 Ogos 2011

Setelah 8 jam setengah dalam perjalanan, maka sampailah lebih kurang pada pukul 2.00 petang di Kelantan. Pagi tadi lebih kurang kul 5.30 pagi berada di tol Gombak. By the way, kadar tol untuk musim perayaan kali ini adalah RM4.00, kalau tak silap sebelum ini RM5.00 so 20% diskaun.

Berhenti di Masjid Tengku Sulaiman Ketari, Bentong untuk menunaikan solat lebih kurang kul 6.15 pagi. Perjalanan boleh dikatakan lancar, tak banyak sangat kereta, lebih-lebih lagi mudah bila guna Touch N Go.

Bagi tol karak pula ianya RM2.40 jika dibandingkan dengan RM3.00 sebelum ini.

Tempat rehat di bawah pokok cendawan, OK juga di pagi hari di perkarangan masjid.

Cuma dalam perjalanan from Kuala Lipis ke Gua Musang agak tidak menyenangkan, just imagine 10km mengambil masa 30 minit. Nak tahu sebab apa? Ianya kerana pemandu yang memperlahankan kenderaaan setelah ada kereta rosak di tepi jalan dan "ditemani" 3 kereta lain, maybe diaorang konvoi. Rasanya itulah sebabnya. Meter pun 20km aja pas tu stop. Memang kena sabar.

Satu lagi jalan untuk ke Kuala Krai juga sesak teruk. Mujur ada polis trafik jaga tetapi ianya masih jem. Apa-apa pun, I am sure mereka telah buat yang terbaik terutamanya di dalam keadaan panas terik. Memang panas betul kat Kelantan sekarang ini.

Harap sangat agar perjalanan balik ke Kuala Lumpur nanti lebih smooth. Bagi yang belum balik lagi, berhati-hati dan tenangkan fikiran ya.

8 comments:

velasrizal said...

huhu aku msh lagi di kl. esk bru blk kg kot

JMR said...

jemput dtg umah raya ni bro..kt besut jah..

Hakim Mahmud said...

selamat beraya saya ucapkan tapi bro pon orang kelantan??

haizz ramai pulak ore kelate main blog,,

Mak lagenda said...

alhamdulillah dah selamat sampai di Kelantan ya nik!

Ben Ashaari said...

selamat menyambut aidilfitri bro.. raya kl je aku tahun ni..huhu..

Geng Borak said...

selamat hari raye abe!!

eelobor said...

selamat pulang ke kampung halaman bro....

hazman aka species1980 said...

Alhamdulillah....selamat sampai ke kampung halaman...MOOD RAYA dah tiba...