credit: cnbc
Harga emas di pasaran dunia meningkat dengan mendadak sejak beberapa hari yang lalu. Sewaktu entri ini ditulis ianya pada harga USD1,663.50 untuk satu auns or RM159 per gram pada 4 Ogos 2011. Kenaikan ini melebihi 6% jika dibandingan apabila ianya baru sahaja melepasi USD1,600 dalam entri saya pada 18 Julai 2011 yang lepas.
Kenaikan ini didorong oleh ebimbangan hutang Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Di samping itu, data IMF menyataan bahawa bank-bank pusat seperti Thailand, Rusia dan Kazakhstan menambah rizab emas dalam pegangan mereka dalam masa 2 bulan yang lepas. Di samping itu, Korea Selatan buat pertama kali membeli emas setelah tidak berbuat demikian dalam masa 10 tahun yang lepas, telah membeli 25 ton emas dalam bulan Jun dan Julai 2011.
Kesan kepada harga emas jelas kelihatan apabila harga jualan emas KFH naik from RM157.60 to RM162.52 dalam masa sehari pada 3 Ogos 2011. Kenaikan ini adalah sebanyak RM4.2 per gram atau 3.1%. By the way, kalau yang beli emas KFH pada awal tahun sehingga 3 Ogos 2011, kenaikan sebenar apabila mengambil kira spread (perbezaan harga jualan dan belian) RM155.37 vs RM143.20 adalah 8.5% dalam masa 7 bulan.
Apa-apa pun kepada yang ingin melabur dalam emas, diingatkan fahami betul-betul mengenainya termasuk dengan mengetahui risiko. Di samping itu kena faham bahawa harga yang lepas tidak menjamin prestasi masa hadapan. Jadilah pelabur yang bijak.

8 comments:
Da kaya la nik. harga emas da naik. dlm dua bulan. if beli satu kilo da untung rm2k lebih. untung2.
mahalnya harga emas sekarang.. huhuhu
alhamdulillah rejeki.. tp bila melihatkan sbb emas tu naik harga, rasa mcm takut plak!
Emas mmg untung simpanan masa depan kita lah kan nik!
bro nik beli emas kat KFH ek..
emmm...meningkat juga ekonomi islam. bagi yang mempunyai emas2 simpanan perlu di keluarkan zakat
memqng berbaloi baloi la syida
Simpan sikit2
kaya le tokey & pelabur emas...
Post a Comment